Assalamualaikum..
Agak lama rasanya tidak berkesempatan menulis di ruangan blog ini kerana faktor kesibukan kerja. Alhamdulillah rezeki kurniaan Yang Maha Pemurah mencurah-curah walaupun tubuh terasa keletihan. Saya tersenyum sendirian ketika membaca kiriman sms daripada saudara Azizan Kadir, "Update blog weh. Bersawang dah tu. Haha.."
Sebenarnya ada banyak himpunan idea yang tersimpan di kotak fikiran saya ini namun kesuntukan masa untuk mengadap laptop usang terlalu singkat sehingga saya terpaksa menangguhkan sesi penulisan. Semakin lama terasa semakin berat memori minda selagi tidak dipindahkan ke ruang pengabadian ini. Mohon kemaafan kepada rakan-rakan blogger kerana saya tidak sempat membalas setiap kunjungan kalian. Insya-Allah apabila perjalanan kerja kembali normal, aktiviti di ruang maya ini juga bakal kembali normal.
Kembali kepada topik asal yang ingin dibicarakan. Untuk ke sekian kalinya saya terdorong untuk menulis soal cinta dan kasih sayang tetapi dalam konteks rumahtangga. Saya bukan doktor cinta, cuma saya tertarik untuk membicarakan topik ini sebagai unjuran pendapat dari pengalaman mahupun pandangan umum pembaca. Pendekatan yang saya inginkan adalah pandangan yang munasabah dari pengamatan mahupun pengalaman. Bukan bersandarkan kepada soal jodoh yang telah ditentukan.
Mungkin ada di antara kita yang berpendapat bahawa perkahwinan di usia muda membawa begitu banyak implikasi negatif. Sebagai contoh, jika berkahwin di usia muda remaja kita akan terlepas kebanyakan waktu bersuka-ria sehingga menimbulkan rasa cemburu terhadap rakan-rakan sebaya yang lain. Perkahwinan di usia muda memberikan pelbagai tekanan dari segi mental, fizikal dan emosi. Rasa penyesalan bakal tersingkap di lubuk hati kerana tidak puas menikmati keseronokan di usia remaja.
Dari sudut positif pula, perkahwinan di usia muda dapat mematangkan corak pemikiran seseorang individu itu agar lebih bertanggungjawab dalam kehidupan. Dari perspektif sosial pula, perkahwinan diusia muda dapat membantu dari aspek kemudharatan aktiviti tidak bermoral atau ketelanjuran yang membawa kesan buruk melibatkan banyak pihak. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja seringkali menuruti kata hati yang terlalu ingin mencuba tanpa pertimbangan yang sewajarnya. "Sudah terhantuk baru nak terngadah".
Menuju ke gerbang perkahwinan menuntut kesediaan jasmani dan rohani seseorang individu itu. Kita tidak seharusnya mengambil mudah akan perihal berkaitan institusi perkahwinan. Faktor usia bukanlah isu utama dalam membina sebuah kebahagiaan rumahtangga sebaliknya kesedaran akan hakikat mengharungi alam perkahwinan menjadi kunci utama. Kefahaman yang jelas tentang institusi perkahwinan adalah amat penting bagi menjamin kesempurnaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Kahwin bukan kerana nafsu, tetapi kerana kesediaan yang cekal menghadapi sebarang kemungkinan dengan rasa tanggungjawab yang wajar.
Saya rasa cukup setakat ini dahulu sesi menulis untuk kali ini. Insya-Allah kita bakal bertemu kembali pada edisi cinta yang seterusnya. Ingat bahawa, berkasih sayang bukanlah hanya untuk kepuasan nafsu tetapi untuk mencari keredhaan dan ketenangan jiwa berkekalan. Soal cinta bukanlah hanya melibatkan dua jiwa sahaja tetapi membawa pelbagai implikasi terhadap jiwa-jiwa yang ada di sekeliling kita.
Sekian.
p/s : Orang dulu-dulu bercinta selepas berkahwin kekal bahagia hingga ke anak cucu. Hmm..
Dari Pena Penulis,
Comments
perghhh,,,budak kat atas ni punya komen...
kahwin jela weh...dah bole dah ko tu...jijan belum bole lagi...ekeke
ceh..:P
Sesetengah individu tidak memahami konsep kematangan yang sebenar sehingga menyebabkan pelbagai implikasi negatif seperti penceraian. Akibatnya, menerima gelaran janda atau duda pada usia muda.. ;)
Kech da sampuk nak kawin tu.. mana2 tmpt pon citer nak kawin2 aje.. hahhahha..
bkn sbb serik bercinta, cuma mengambil pendekatan baru.. soal kawin dan cinta bukanlah perkara yg remeh temeh..