Pekerjaan Yang Serasi - Bukan Kerana Dengar Kata Orang
Assalamualaikum..
Edisi mencoret di waktu malam bertemankan hembusan kipas angin. Suara-suara yang muncul di televisyen bukanlah gangguan nyata yang bisa meleburkan keinginan dan keghairahan untuk menarikan jemari mencoret sebuah perkongsian di ruangan maya. Menjeling ke luar jendela, hanya kepekatan malam tanpa kerdipan bintang malahan tiada cahaya purnama yang menyuluhi mukabumi. Mungkinkah hujan akan turun?
Berceloteh sambil mengerah keringat yang berbaloi hasilnya memberi seribu satu kepuasan dalam diri. Cerita tentang pengalaman silam yang mendewasakan bahkan mematangkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kadang-kadang ada juga terlihat sifat bongkak sesetengah manusia yang lagak seperti berkedudukan tinggi. Gaya tidak ubah seperti seorang pegawai berpendapatan besar. Buah bicara memuncak tinggi dengan bidikan kata-kata yang angkuh. Senyum saja, sudah memadai.
Berkarier bukanlah bermakna menonjol-nonjol dalam berkarektor. Keperluan memilih bidang kerjaya itu adalah mengikut kemampuan dan kesesuaian suasana. Dalam ertikata lain, tidak perlu terlalu memilih untuk memulakan langkah pertama. Saya pasti bahawa permulaan langkah dari pangkal atau titik mula yang perit akan menjadikan kita lebih tabah untuk mengharungi suasana kerjaya seterusnya. Barulah kita akan beringat di kemudian hari.
Bidang kerjaya yang kita pilih itu adalah penentu perjalanan hidup kita di kemudian hari. Mungkin bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan tidak dapat merasai lagi perkara ini dengan sepenuh perasaan. Tidak semestinya anda akan menemui keserasian dalam bidang pekerjaan yang anda ingini. Ada sesetengahnya, bakat mendahului pengetahuan dan secara rasminya bidang kerjaya yang dipilih akan terpisah dari tampuk asal ilmu yang dipelajari.
Ada individu yang memilih bidang kerjaya yang memerlukan penggunaan tenaga maksimum tetapi pada kadar minoriti manakala sektor majoritinya akan memilih kerjaya yang memerlukan kerahan tenaga minimum. Dalam konteks ini suka saya katakan bahawa begitulah lumrahnya perihal pemilihan bidang kerjaya dalam masyarakat kita. Kebiasaannya semua menginginkan kerja yang mudah tetapi mendatangkan hasil lumayan. Jangan nafikan perkara ini. Bukan semua manusia itu lahir dalam susur-galur keturunan keluarga yang berada.
Perkara penting yang harus diingat dalam mengharungi alam pekerjaan sebenar ialah, jangan terlalu bangga dengan kedudukan yang dimiliki. Dalam perumpamaan lain ialah jangan memandang kerjaya seseorang itu pada tahap yang terendah dalam kuota karier. Harus diingat bahawa taraf pekerjaan seorang tukang sapu itu adalah lebih mulia jika dinilai dari sudut rohaniah. Mungkin nilai pendapatan mereka lebih kecil dari apa yang anda perolehi tetapi nilai prihatin yang mereka miliki adalah bertaraf tinggi.
Renung-renungkan! Sekian.
p/s : Karier bukanlah gambaran sebenar siapa diri individu itu.
Dari Pena Penulis,
Comments
Apa relevannya kicap cap kipas udang? kan ada lagi jenama2 lain.. hoh!! kech pon memilih jugak.. hahhaha..
knape rmai graduan tpkase mmbanting tahi mate dan menanam anggur d rumah.antara sebabnye mereka malu utk bhdapan gn jawatan rendah yg konon tidak setaraf dgn pndidikan yg d capai.segelintir lah ye..d sbabkan saingan yg byak..maka sbgai lepasan kolej.universiti...harus sedar diri tahap kmampuan diri.
kalw yg dpat keje snang2 tu alhamdulillah..bonus..elok juge bmula dr bawah..kerana byak la pngalaman yg ditimba,
[aku keje part time aritu sume cam xcaye aku stdy ag..keje murah2 xpe janji hati gmbira ikhlas dan halal]
p/s : hahaha.. lady bukan penjual tiket bas.. tp tercabar apabila sesetengah individu yg mmndg rendah pekerja2 bawahan sdgkan mereka hanyalah lulusan "SPM" dan menyangka kami hanyalah lulusan "UPSR' sdgkan kami jauh lebih baik dr mereka.. :P ngeh3x.. ramai je graduan universiti yg sanggup jadi cleaner, cthnye di tmpt keje lady.. tp bukan lady..lady pencuci toilet.. tinggi sikit dr cleaner.. :P
jgn terlalu memandang rendah / hina pd org lain
Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House
Bahasa mudah, kalau semua org nak buat kerja mudah, siapa yang nak buat kerja2 susah??
Cikai tak bermakna gaji rendah. Siapa tau gaji pengutip sampah jalanan lagi besar dari gaji kerani bank.
Tujuan tidak menghalalkan matlamat.
Adakala percanggahan pendapat yang bersangkut paut dengan soal taraf boleh mengakibatkan konflik yang berpanjangan dalam konteks bermasyarakat. Maknanya ada yang akan memikirkan rasa malu untuk meneruskan bidang kerjaya sedia ada.
jgn memilih sgt untuk memulakan langkah pertama. Mungkin akan lari dari bidang dulu, tapi jadi batu loncatan. ko paham x abang nasehat nih.. wakakka...
betul tu...jgn terlalu pandang rendah pada org...