Minat Dalam Kenangan - Edisi Pecah Rahsia


Assalamualaikum..

Iya, saya pasti semua makhluk normal bernama manusia itu mempunyai minat-minat tertentu dari aspek bahan tontonan. Maksudnya genre movie yang bisa buat seseorang itu duduk diam memberi tumpuan sepenuhnya. Namun begitu ada juga yang sudah hilang rasa teruja untuk menonton jenis filem yang suatu ketika dahulu begitu diminati.

Saya bercerita tentang diri saya sendiri. Ternyata minat saya terhadap filem adalah berubah-ubah mengikut gerak hati. Fenomena yang berlaku seolah-olah mengikut kitaran musim. Sekitar tahun 1997-2003, saya meminati filem-filem hindustan. hahha.. Pengaruh daripada seorang rakan karib dari zaman kanak-kanak yang memaksa saya menonton sebuah filem yang berjudul Kuch-kuch Hota Hai. Mula-mula tengok tiada sebarang perasaan pun yang timbul tetapi kalau dah hari-hari asyik melayan filem hindustan lama-lama jadi kemaruk. kah3..

Pada ketika itu boleh dikatakan kenal semua hero dan heroin yang membintangi sesebuah filem itu. Sebut tajuk filem boleh sebut seorang demi seorang pelakon dan watak. Antara filem yang menjadi kegilaan adalah Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Darr, Duplicate, Mohabbatein dan banyak lagi. Pada pandangan saya, filem hindustan menjadi kegilaan adalah kerana himpunan lagu-lagunya yang mengasyikkan. Walaupun watak bagi setiap filem dilakonkan oleh bintang yang berbeza namun alunan suara yang menyanyikan lagu dalam filem itu tetap sama. Alka Yagnik, Udit Narayan, Sonu Nigam, Kumar Sanu dan Lata Mageshkar. Memang suara emas yang seringkali menjadi pilihan pengarah filem sebagai suara latar penyanyi dalam filem-filem hindustan.

Itu dulu, sekarang ni dengan kemunculan begitu ramai bintang baru minat terhadap filem hindustan sudah berkubur. Kecenderungan untuk menonton filem mat saleh telah mengisi ruang minat. Tidak kiralah filem yang berunsurkan apa sekalipun asalkan filem mat saleh terutama sekali filem-filem aksi. Komedi romantik tu sekali-sekala bolehlah layan. hahha..

Cukup sampai di sini saya menceritakan tentang rahsia sendiri. Bukan rahsia besar pun sekadar berkongsi kenangan silam dari sudut minat. Dan moral yang ingin disampaikan, minat kita terhadap sesuatu perkara itu kadang-kadang hanyalah bersifat sementara. Bila tiba waktu mood berubah maka akan bertukarlah minat kita. Sekian.

p/s : saya tengok cerita hindustan takde la sampai menitiskan airmata macam saudara Azizan.. hahhahha..

Dari Pena Penulis,

Comments

Unknown said…
hahaha..jijan nangeh tgk industan??

tak kusangka sungguh!
Mario said…
aku pecaya jijan nangis...
Kech Hidayah said…
aku percaya sebab jijan pnah ngaku depan aku.ahhhaha.
Kenangan aku dengan jijan, ber'sms' sambil menonton hindustan.

Giler touching sampai jadi bahan nak sembang.. kah3..
dak kecik said…
huyooo.. atok tgk cter industan la.. wakaka.. pstt ye ke tak nangis? hahaha.. xpercaya la :P
Chaon Cornerz said…
aku layan jugak hindustan dulu2 waktu kecik. mak aku asek bukak cite tue je dah tue tak bleh la nak tengok cite lain. hahha.. tapi tak nangis la macam orang tue.. hahhahahaha..
Cik Effie said…
cha'on: weyh fi pun tengok hindustan pastu dok gedik2 baring peluk bantal nangeh2..pastu tanak ngaku nangis tu bila dah kantoi!


yang best sapa pegang remote tv memang dia konker nak tengok cite ape..perghhh gila best..asal tv3 hari sabtu nak pukul 2 jerk awal2 dah amik remote simpan bawah kusyen..
wachak said…
masa wa kecik2 dulu jiran sebelah rumah namanyer encik rahman selalu buka lagu dari citer Aa Gale Lag Jaa, Yaadon Ki Baaraat, Bobby. Jadi terjangkit minat dekat citer hindustan. minat sehingga zaman Shahrukh khan top. lepas tu dah tak layan hindustan lagi.
ape2 jer said…
try tgk 3 idoit gile best semua ada dlm tu :)
ape2 jer said…
3 idiot << salah eja td wakaka ngantuk sgt dah ni huhu
nangis tu sama x klu sebut kua air mata je?hahaa..siyes weh aku mudah tersentuh tgk hindustan ni..miahaha
Terbukti di di sini bahawa boleh dikatakan semua org pernah atau masih lagi terjebak dengan gejala hindustan mania.. kah3..

Chaon, dulu tanak ngaku tapi kini sudah kantoi.. wakakka..
Wachak, giler klasik citer2 hindustan yang lu layan tu.. hahhah..

Mak wa suka sgt citer "Nagin".. wa pon terpaksa rela layan jugak.. keh2..
Miss, 3 idiot tu sape yg belakon weh?? aku kene tngok pelakon dlu baru leh layan.. hahha..
Chek, bese r tu menitiskan airmata tngok industan sbb kualiti filem dia mmg menyentuh perasaan.. hahha..

lagi pulak klu hero ngan heroin yg mmg kite minat..