Saya Sedang Marah - Marah-marah Sayang


Assalamualaikum..

Bertemu di lembaran baru di bibit-bibit penghujung 2010. Bagi anda yang gemar mengabadikan aktiviti harian melalui coretan berupa diari, pastinya akan berasa lebih teruja untuk menghabiskan helaian yang tinggal. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pastinya mainan emosi juga akan jadi tidak menentu. hahha.. Ikut mood cuaca.

Ampun maaf juga dipinta kerana tidak sempat berlayar di lautan maya ini hampir seminggu kerana kesibukan kerja terlalu mencemburui. Tapi dalam sibuk-sibuk bertugas saya sempat meluangkan masa bertemu secara realitinya dengan rakan-rakan blogger malam semalam. Saya berkesempatan bermain futsal dengan himpunan rakan blogger di Frenzy Futsal, S.Alam. Laporannya di sini [Aktiviti blogger pada cuti Deepavali]



Baiklah, dipertemuan kali ini saya ingin membicarakan tentang "AMARAH"; perasaan marah yang begitu sinonim dengan lumrah hidup manusia. Cuma lain orang lain cara mereka melepaskan rasa marah itu dengan ekspresi yang tersendiri. Apakah kesan daripada ekspresi marah yang kita tunjukkan itu terhadap mereka-mereka yang menanggungnya?

Melalui perspektif saya, wujud tiga karektor individu yang sering kita lihat di sekeliling kita. Setiap karektor meluahkan rasa marah melalui ekspresi mahupun tindakan susulan yang berlainan serta memberi impak yang berbeza. Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi kategori karektor yang saya cuba tampilkan di sini.

1. Panas Baran - Agresif

Sering kita lihat di dada-dada akhbar bahkan dalam realiti kehidupan seharian juga sering kita jumpa kategori karektor ini. Bila dalam keadaan marah, secara automatik otak akan menghantar maklumat ke bahagian anggota-anggota tertentu untuk bertindak balas. Implikasinya individu yang dimarahi itu bakal menjadi mangsa tumbukan kesumat, tamparan harimau lapar mahupun sepak terajang tujuh petala langit. Mungkin ada juga individu dari kategori ini yang suka melepaskan kemarahan terhadap material yang berada di sekeliling mereka. Hamburan kata-kata memang jenis tak sayang mulut. Maki hamun, sumpah seranah pasti terpacul tanpa rasa kelu.

2. Panas Baran - Mulut Lancang

Bagi kategori ini, mereka lebih suka melepaskan rasa marah dengan kata-kata yang makan dalam. Bukan sekadar kata-kata malahan ekspresi wajah juga menggerunkan. Kemarahan dilepaskan kepada individu tertentu hanya dengan kata-kata pedas tetapi tidaklah sehingga bertindak di luar kawalan. Selalunya mereka yang berada dalam kategori ini adalah dari kalangan bos. hahha.. Bagi mereka yang menjadi mangsa kemarahan, tadah sajalah telinga anda kerana jika dilawan kata-kata mereka ini semakin menjadi-jadi pula sumpah seranah yang bakal terpacul.

3. Suka Memendam 

Individu yang mempelopori kategori ini kebiasaannya akan menunjukkan ekspresi dan gerak tubuh yang menyatakan bahawa mereka sedang marah. Dari gerak tubuh mereka kita dapat mengagak bahawa seseorang itu sebenarnya sedang marah tetapi tidak melepaskannya secara terang-terangan. Namun harus diingat bahawa jika sekali meletus kemarahan itu akan memberi impak yang berpanjangan. Mereka yang berada dalam kategori ini mungkin bersifat pendendam. Mereka mungkin kelihatan cool tetapi awas jika mereka melepaskan kemarahan.

Persoalannya adalah, sejauh mana kemampuan fikiran kita dalam mengawal kemarahan itu. Ada sesetengah individu yang mudah marah tetapi tidak berpanjangan dan ada pula yang mudah marah serta mengambil masa untuk memadamkan kemarahan itu. Perasaan marah boleh menjadikan seseorang itu hilang kawalan dari segi emosi dan tindakan susulan. Tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan sabar. Perkara negatif yang tidak dapat dielak ketika seseorang itu marah adalah perkara menuding jari dan ungkit-mengungkit. Kita seharusnya merenung diri kita dan bukan hanya menyalahkan orang lain. Tetapi bukan mudah untuk kita mengawal emosi ketika berada dalam keadaan marah. Namun begitu cubalah kawal agar tindakan kita ketika melepaskan rasa marah tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain. Renungkan!

p/s : Bukan semua kemarahan itu memberi kesan negatif, ada juga jenis kemarahan yang bertujuan membina.

Dari Pena Penulis,

Comments

Unknown said…
sy mungkin cepat marah..cepat jugak sejuk..yeah....marah sekejap je... mulut insyaAllah masih terjaga... heeeeee.....

jawab soalan:
bila marah,otak macam terjatuh ke lutut...tak dpt pk gune akal tunjang...kesimpulan: marahlah pada tempatnya...
RerameUngu said…
sama cam cik jari tu..cepat marah dan cepat sejuk...

tapi reaksi tu boleh jadi antara 3 tersebut mengikut situasi..hahahaha...
ISZA said…
jangan marah kat akak yer..
sabarnya kerana akak ambil masa yang lama untuk itu..
Kech Hidayah said…
bahaya siapa yang panas baran dengan tangan kaki semua bergerak seiring rasa amarah tu kan.kita kalau nak handle orang yang panas baran, kita jangan la balas dengan baran kita jugak.macam simbah minyak tanah kat api lak.patutnya simbah ais batu.hahah.kan?
wachak said…
x bleh nk marah2 dah. skrg ada hypertensi tahap pertama. Kalau x dapat kawal akan naik tahap kedua lah pulok ... hu33
Cik Effie said…
bila kita marah-marah, kita lupa segalanya..

yang kita ingat cuma kemarahan kita...

ada orang pernah cakap dulu..

kalau kita tengah marah bila berdiri, kita kena duduk..

bila kita duduk pun tak hilang marah, kita kena letakkan diri kita ke tahap yang paling rendah so biar kemarahan itu tak menjadi keutamaan untuk kita..

and 1 more thing!

orang yang kita marah itu, kita tak fikir ke dia marah kita ke tak?

kita pikir diri kiter jerk ek?tak patut betulll
Mario said…
marah2 sayang takpe...ekeke