Pejam, celik, pejam, celik kita kian menghampiri hitungan akhir kiraan diari 2010. Pernahkah kita renungkan setiap langkah kemajuan yang kita kecapi sepanjang menghitung hari dalam tahun ini? Saban tahun kita menanam sebuah keazaman (konon) untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya namun saban tahun jugalah azam itu tertangguh. hahha.. Lupakan soal azam, kita akan membicarakannya di lembaran baru di tahun baru.
Pertemuan kali ini ingin saya manfaatkan sebagai coretan perkongsian maklumat yang kita patut tahu dan amalkan bersama. Saya tertarik untuk bercerita tentang aspek kesihatan pada penulisan kali ini. Saya bukan doktor atau perunding kesihatan tetapi saya cuba untuk menghubungkaitkan beberapa fakta sains dengan hidup kita seharian.
Topik yang saya ingin sentuh adalah tentang faedah banyak minum air. Bukan banyak minum air bergula tetapi banyak minum air kosong a.k.a air putih. Nak kata air masak macam janggal sebab sekarang ini majoriti yang minum air bertapis sahaja tapi tidak dimasak. Fakta ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi saya berpandukan bahan bacaan.
1. Ubat Penyakit Strok
- Selain menjaga pemakanan, pengambilan air putih juga menbantu menghindari penyakit strok. Ini adalah kerana, kandungan yang terdapat dalam air mineral mampu memberi ketenangan malah boleh menghilangkan tekanan.
2. Melancarkan Sistem Pencernaan
- Dalam proses pencernaan, penggunaan air perlu banyak bagi memudahkan pengeluaran toksik dalam badan. Ia juga membantu melancarkan proses membuang air besar.
3. Meningkatkan Kesuburan
- Menuruut kajian, air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki dan hormon estrogen pada kaum wanita. Kelebihan air putih juga mampu memberi kesegaran kepada peningkatan hormon remaja.
4. Kuruskan Badan
- Yang ini saya tidak pasti kerana saya tidak perlukannya. hahha.. Bagi anda yang berkeinginan menguruskan badan, minumlah air putih dengan berkala dan kuantiti yang cukup kerana oksigen yang terkandung dalam air mampu menghakis lemak.
Jadi, banyakkanlah minum air putih kerana begitu banyak faedah yang akan kita perolehi. Tukarlah minuman kesukaan anda dari air milo kepada air mineral.
Sekian.
p/s : Fikiran mampu tembusi ingatan. Renung-renungkan.
Dari Pena Penulis,
Comments
kechik semacam je.. sedar la ko tu da tua.. hahhahha..
mesti akak bnyak minum air masak kn?? hahha..
ape2 pun ko jgn minum byk air masak ek nanti tambah kurus lak ekekeke
aku da agak mesti ade yg nak perli.. kekeke.. saje nak mintak derma pahala..
aku bnyak jugak minum air sbb hari2 bermandi keringat.. kene la ganti balik.. hahha.