Turutlah Kata Hati Bukan Ikut Suka Hati


Assalamualaikum..

Pernahkah anda berasa begitu sukar untuk menerima realiti hidup? Apakah gambaran atau pandangan pertama anda melalui ungkapan "realiti hidup" ini? Mungkin pada waktu ini anda masih tercari-cari hala tuju yang sebenar dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang serba mencabar. Jiwa muda remaja masih bergelora dan selagi mampu untuk mencuba anda akan terus melakukannya tanpa memikirkan kesannya. Tepuk dahi dan renung-renungkan.


Benar sama sekali benar bahawa bukan setiap perancangan yang kita rencanakan akan menemui keindahan sebuah kejayaan. Perkara paling afdhal hanya mampu berserah dan majoriti daripada kita memilih jalan mudah iaitu berputus asa. Kerana kegagalan pertama kita berasakan bahawa setiap jalan-jalan yang tinggal hanyalah kebuntuan di penghujungnya. Begitu singkat pemikiran. Adakala keraguan merajai hati sehingga tidak sanggup meneruskan cabaran seterusnya.

Persepsi masyarakat juga tampak semacam begitu tipikal. Orang tidak memandang saat kita jatuh terguling dengan esak tangis dan huluran tangan tetapi orang begitu menyanjung saat kita berada di puncak. Manusia begitu tegar dengan mentaliti yang lazimnya memang bersifat begini. Tetapi...

Bukan semua orang dapat menerima kejayaan kita malah ada yang lebih suka melihat kita tersungkur bersama hilaian tawa keriangan. Profesionalisme kendiri merupakan pegangan yang menjadi pedoman tidak kira saat gah mahupun kecundang. Kejayaan bukan sepenuhnya membawa pengertian berjaya dalam kerjaya malahan begitu luas tafsirannya melalui pandangan dari sudut yang berbeza. Perspektif yang tidak dapat dilihat oleh kita mungkin terpamer di mata orang lain. Itu juga pedoman.

Bisikan akhir yang perlu diawasi adalah bisikan hati yang merana. Kerana lakaran indah yang dikecapi, kita mungkin akan terleka untuk menasihati diri agar beringat-ingat. Berjaya pada pandangan mata umum namun hakikatnya nilai bahagia sebenar tidak dapat dirasai oleh diri sendiri. Terlalu bermegah dengan kenikmatan sehingga diri pasrah untuk jadi kurang prihatin. Sekian.

p/s : Turutlah kata hati sebagaimana nakhoda silam menurut pedoman bintang di langit. Pelayaran itu mungkin terlalu sunyi tetapi bintang-bintang itulah menjadi panduan untuk menuju arah sebenar.

Dari Pena Penulis,

Comments

wachak said…
Kalau takut sesat, guna gprs der ... keh33

~ tinggi sangat bahasa ko. lambat wa nk tafsir maksud tersirat. ahak !!
RerameUngu said…
hmm...nak kene baca dua tiga kali baru dapat catch la..ngeee
gprs ke gps wanchak?kalau gprs tu tenet aku.slow amat.mahu sesat.haahaha

jatuh bgn dlm kehidupan dah menjadi lumrah..pa yg penting terus berusaha.gagal sekali bkn gagal 2 kli mknanya..haha

ada jgk yg berjaya dlm misi dorang..tp berjaya menjatuhkan org lain..apa guna kejayaan tu..ye dak?,,

perndapat aku nih..tp aku masih kabur jgk bila baca..haha

ps:pernahlah ke pernahkah?
pss: afdal ke afdhal?haha..bhse tinggi ni weh..
nich said…
jangan turut kata hati nanti mati.. =)