Wang Ringgit atau Kawan?




Assalamualaikum..

Sekian lama menyepi akhirnya dapat juga saya duduk merenung paparan skrin komputer riba yang kian diselaputi debu-debu ini. Tiada niat langsung untuk menjauhkan diri dari dunia penulisan yang sememangnya saya minati sebagai pengisi ruang kebosanan dan mencurah sisa tekanan. Dua minggu kebelakangan ini saya memberi tumpuan 98 peratus terhadap kerja dan pelbagai kisah suka-duka saya dengar dan alami. Secara jujurnya saya tidak pernah memberi tumpuan pada kadar setinggi ini terhadap bidang kerja saya selama ini. Alhamdulillah hasilnya membuat saya tersenyum panjang.

Kadang-kadang kita melihat pengorbanan itu seolah-olah suatu siksaan yang membebankan. Namun pada hakikatnya pengorbanan itulah yang menjadi jambatan menuju ke arah kebahagiaan dan kenikmatan. Cuma adakalanya benteng kesabaran semakin runtuh dan kita mulai berserah kepada sikap putus asa. Keutuhan atau kekuatan daya mentaliti tidak dapat lagi menerima sebarang bentuk ujian yang mendatang.

Perkara yang ingin saya singkap di sini adalah sebagai renungan buat diri saya dan juga para pembaca yang sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Apa yang ingin saya paparkan hanyalah pandangan saya secara peribadi melalui kacamata sendiri. Tiada terlintas untuk saya menulis sebarang unsur provokasi mahupun diskriminasi terhadap mana-mana pihak.

Berkawan biar berjuta tetapi musuh jangan dicari walaupun kita sedar ada di kalangan kawan itu menjadi duri dalam daging. Perihal duri dalam daging ini berlaku kepada seorang kawan rapat yang juga memainkan peranan sebagai bos kepada saya sendiri. Saya mengetahui segenap kisah yang dianggap rahsia dari pangkal hinggalah ke hujungnya. Saya bukan kaki ampu, tetapi apa yang berlaku kepada beliau terlalu berguna sebagai pedoman buat diri saya dan apalah salahnya saya berkongsi diruangan ini sebagai pedoman bersama.

Duit! Wang ringgit! Saya terpaksa akur bahawa zaman ini adalah zaman yang begitu bergantung kepada wang ringgit. Kerana wang manusia bahagia dan kerana wang jugalah ada jiwa-jiwa yang merana. Sejenak saya merenung dan berfikir, wang atau kawan yang lebih penting? Apa pandangan anda jika merenung persoalan ini dua kali? Saya kebuntuan kerana faktor peredaran zaman mampu merubah pegangan dan tanggapan.

Sebenarnya saya tidak layak untuk masuk campur dalam hal yang menimpa kawan saya ini kerana permasalahan yang melibatkan golongan tauke. Cerita wang puluh-puluh, ratus-ratus ribu sememangnya bukanlah setaraf dengan jawatan yang saya sandang. Tetapi sebagai kawan saya perlu bertanggungjawab untuk memberi pandangan dan bantuan dari aspek moraliti dan mentaliti. Kerana "benda" yang dipanggil "wang" manusia sanggup memutuskan tali silatul-rahim. Inilah perkara yang saya bingungkan. Kerana wang, kawan yang dulu seperti belangkas kini menjauh dan terus menjauh.

Saya ingin tutup penulisan kali ini dengan beberapa soalan.

1. Wang atau kawan lebih penting?

2. Apakah cara paling sesuai untuk dijadikan panduan sebagai proses pendamaian? (Mengambilkira aspek perasaan "dendam" "sakit hati" orang yang mengalami)

Sekian.

p/s : Saya menulis berdasarkan apa yang sedang berlaku di depan mata sendiri.

Dari Pena Penulis,












Comments

Mario said…
kawan yang byk wang lbh penting...ekeke

bagi aku...family no 1 ler...
cik jari said…
yang penting berduit...bile takde duit,tak dapatla tolong kwn yg tgh kesempitan..nanti dianggap kita kedekut........bile terlalu kaya,orang amek kesempatan pulak..lalu kita ditipu dan tertipu..eloklah kalau berduit.dpt tolong diri sendiri dan kawan2.....
ape2 jer said…
sama dgn rio ape2 pun family no 1 hehehe
Ieqa Swetluv said…
kedua-duanya penting, tapi kawan yang benar2 kawan sukar dicari, duit adalah keperluan, tetapi jika dijadikan keutamaan maka butalah hati..
touya said…
wang boleh dicari kawan datang sendiri ..
Kech Hidayah said…
betul jugak.aku pernah ada kawan baik bila aku ade duit lebih untuk dibuat pinjam tapi kawan tu hilang bila aku sengkek.
Munix™ said…
emm.. kwan yg bagi wang kekeke
tp kwan baik lg pnting dri wang for sure hehe