WriteMonkey - Software Yang Menambah Rasa Ketika Menulis


Assalamualaikum..

Bertemu kembali di ruangan maya perkongsian idea dari sumber ilmiah melalui tarian jemari di papan kekunci berabjad. Ada waktu kita tersenyum dan ketawa riang, namun ada ketikanya kita bermuram durja bertemankan linangan airmata. Naluri seorang insan bernama manusia sememangnya dijadikan begitu untuk merasai pelbagai rencah dalam permainan emosi. Begitu unik ciptaan segumpal darah yang bernama "hati".


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang satu software yang mungkin membantu kita dalam menghayati saat-saat menukilkan sebuah penulisan yang kreatif. Kenapa saya sarankan software ini? Jawapannya adalah kerana rangkuman fungsi yang terdapat dalam aplikasi WriteMonkey ini adalah bertepatan dengan tema dan suasana penghasilan sesebuah karya yang indah. 

Suasana atau persekitaran yang tenang begitu membantu saya dalam menghasilkan sesebuah karya dalam bentuk penulisan. Walaupun pada hakikatnya saya hanyalah seorang penulis amatur yang menulis bukan kerana nama tetapi sekurang-kurangnya saya dapat meluahkan tiap baris kata yang tidak bisa terungkap dari bibir secara terus dan tulus melalui medium coretan. Mungkin anda tidak sependapat dengan saya.

Apa yang menarik minat saya tentang sofware WriteMonkey ini adalah, tema suram yang begitu membantu saya berinspirasi serta bunyi papan kekunci yang menambah rasa. Terdapat juga tema lain yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda tetapi saya lebih cenderung untuk memilih tema klasik kerana ketika mengarang saya dapat merasakan sebuah kenikmatan yang mungkin dirasai oleh penulis-penulis dahulu-kala yang hanya menggunakan perantara mesin taip.

Jika anda ingin cuba untuk merasai suasana menulis yang klasik ini anda boleh muat-turun aplikasi WriteMonkey melalui pautan dibawah. Tidak perlu install pada komputer, hanya muat-turun aplikasi ini ke dalam "Portable device" dan anda boleh menggunakan aplikasi ini di mana-mana komputer sekalipun.


Selamat mencuba!

Sekian.

p/s : [Windows sahaja] Saya kurang pasti samada aplikasi ini boleh digunakan juga pada Mac.
**The default format for WriteMonkey is plain text, but the basic formatting and text markups can be exported to Word or HTML. WriteMonkey is freeware, Windows only and requires .NET Framework 2.0+.**

INTEGRATION WITH FIREFOX
Writemonkey is compatible with great Firefox extension It's All Text. Use it when writing text for your blogs, for web based e-mail ... It works with any textarea on any web page. To use this extension set Writemonkey default character encoding to UTF-8 and check out Always save on exit (Preferences / Open&Save tab).


Dari Pena Penulis,



Comments

Kacak Boi said…
takde la boring sangat bila nak menulis atau menghasilkan sesebuah karya kan.. nanti aku try pulak.. macam best je nie..
azizan4444 said…
mvm menarik ni bro..pape hal aku download dulu..x paham aku tnya ko.haha

ptot la entri ko berbunga2 je kan..haha
Afiq Bukhari said…
hehe kreatif sungguh manusia ni.
touya said…
camna nak tukar tempalte weh ?
Enche chaon, sgt kacak.. hahha..
Aku klu suasana boring jadi entri karutan je nanti.. sbb tu la "environment" memainkan peranan dalam usaha memartabatkan bahasa jiwa bangsa.. kekekke..
Chek, ayat bunga2 yang mudah je.. kang aku simpul rapi pakat baca garu kepala je pulak.. kah2..

try r weh monyet nih.. sgt layaaann.. hahha..
Afiq, kreatif ikut mood.. klu mood mengarut jadi entri karutan je.. hahha..
Tukar template mendenye touya..
aku x pandai godek coding.. kah2..
LadyBird said…
best ni yus..
leh try..
akak kalau stress baru idea dtg.. :P
kalau x stress idea x nk dtg.. hik hik..
sebab artikel akak artikel yg menensionkan. mampu men"stress"kan orang.. huk huk huk
RerameUngu said…
nak jugak la mende alah ni...kot2 dapt feeling lebih masa menaip tu kan..hehehehe
kak iza, tekanan itu juga sebenarnya pemangkin sebuah ilham.. hehhe..
Cik rerame syg, cubalah dulu ye, mmg memberi ketenangan dan kesenangan serta penumpuan yang lebih ketika menulis.. hahha..