Buku Kecil - Diari Seorang Lelaki [II]

Buku Nota Kecil - Catatan Ringkas



"Keringat yang membasahi tubuh ini bukan bertujuan gratis. Setiap dari unsur titisan yang mengalir adalah punca induksi  zahir bahawa segala yang dilakukan itu menuntut balasan. Cuma kadang-kadang persepsi melampaui batas kenyataan. Pernyataan diungkit sebagai pertanyaan. Walhal segala legitimasi yang termaktub sudah sedia maklum namun sengaja dijadikan bahan kepuraan dalam konteks jahil." 

Ada waktu diri ini termanggu bergelumang dilema dan kemelut mencari hala tuju. Ada ketika mentaliti seolah-olah terperangkap di suatu ruangan sempit kelam. Pada detik-detik tertentu diri ini terkapai-kapai mencari realiti dalam mimpi. Realiti yang tampak seolah-olah semakin kabur dimonopoli oleh segenap mimpi-mimpi yang mengunjungi lena separa sedar.

Bagaimana ingin menyatakan sebuah luahan yang seakan keluhan agar tidak terus dipandang sebagai keluhan semata? Mengekspresikan kemahuan menjejak impian dalam sebuah manifestasi dan bukanlah sekadar inskripsi yang pegun. Ternyata dimensi untuk meneruskan kemahuan ini bagai direnggut oleh kekuatan delusi. Kekalutan yang melanda lebih kuat memanipulasi keyakinan.

Meluah tanpa tindakan susulan. Betapa sukar memilih jalan yang bakal menentukan urutan takdir. Di sebalik keyakinan yang menghampiri garisan ragu. Tampuk kesabaran yang hampir melepasi sempadan akal. Walau renpon insan keliling seakan memahami namun hakikat yang tersirat kekal menjadi sebuah rahsia. Berdiri dengan senyuman tapi duduk dengan igauan tangisan.

Bersambung..

Dari Pena Penulis,


Comments

Unknown said…
sangat sukar untuk aku memahami bait-bait ayat kamu wahai yusenze yus..hehehe...tetapi kucuba sedaya upaya =)
mijae said…
tobak dok masuk lasum dale otok hahahaha...

bulih dop buat sor widget translate tuk setiap entry?hahaha

yg petim gamba ganah wahaha
Saya said…
wahaha weh ingat ko letak gambo ko tadi..
posing seksi lagi perghhh
sekali negro daaa ekekeke
APi said…
walau respon insan sekeliling seakan memahami namun hakikat yang tersirat kekal menjadi sebuah rahsia..
Cik Effie said…
Puitis yang kritis.
Chaon Cornerz said…
sy datang bawak tisu nie.. nah amik! sapu air matamu itu.. hahha.. biasa la bro.. masalah, kesusahan akan sentiasa mendampingi kita. kita manusia biasa yang sentiasa diuji.. jadi bersabar la..
~~su manje~~~ said…
Salam bro yus,,,
su singgah sini belek2 sampai habis blog yus..
semua sekali..
tak jumpe banner yang bro buatkan dulu..
eh..
ntah bro yus ingat lagi ke tak pada su manje..
em....plllllllllllllllllllllease bro...bagi link banner blog su manje..thanks
LadyBird said…
yus,
x paham :(.. tetibe rs sakit kepala.. :(
Kech Hidayah said…
cayalah! chaon faham bahasa puitis neh....pttla bila aku berseni sikit dia laju je menitiskan air mata...ahahah..
Unknown said…
eqa xphm bait2 yg di luahkan ini..huhu..sgt puitis..

meh singgah di "http://syafiqahmohmad.blogspot.com/"