Komitmen Saya Sebagai Seorang Blogger


Assalamualaikum..

Persoalan

Sejauh manakah ketegaran anda terhadap dunia blog ini? Apakah yang anda sasarkan setelah anda terjun ke alam blog? Mampukah anda mengetengahkan bakat terpendam anda dalam bentuk luahan rasa melalui coretan yang yang bisa memberi impak terhadap pembaca? Bolehkah setiap pengisian anda diterima dengan hati yang terbuka oleh pembaca-pembaca blog anda?

Konsistensi

Apabila kita menyentuh soal konsisten, sudah semestinya minda kita akan terus tertumpu ke arah kemaskini penerbitan bahan atau isu untuk blog. Kesungguhan kita untuk melaksanakan tugas sebagai seorang blogger adalah tertumpu kepada kekerapan kita menerbitan hasil penulisan melalui coretan di blog. Namun begitu kita perlu juga mengambilkira pandangan para pembaca. Apa yang saya maksudkan ialah, pemilihan tajuk dan pengisian yang ingin kita tampilkan perlulah dipersetujui oleh pembaca dan tidak menimbulkan rasa bosan. Tips paling mudah adalah dengan menyediakan tag atau label tetap supaya kita tidak kebuntuan idea serta tidak terlalu terjurus ke arah pengisian yang hampir sama sahaja setiap kali mengemaskini blog.

Interpretasi

Interpretasi di sini membawa maksud, setiap dari butir penulisan kita itu membawa makna yang meninggalkan kesan terhadap pembaca. Motif yang ingin kita sampaikan dapat diterima dengan jelas oleh para pembaca tidak kira walaupun kita hanya bercerita tentang kehidupan peribadi yang tidak keterlaluan dan mengikut emosi 100 peratus. Penceritaan dari sumber yang ingin kita terbitkan perlu disusun atur dengan pengolahan jalan cerita yang mampu menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan dari awal hingga akhir.

Komplikasi

Perkara yang perlu dielakkan adalah wujudnya komplikasi tafsiran di kalangan pembaca. Penggunaan tatabicara yang teratur dan kemas akan lebih difahami oleh pembaca di blog kita. Hal ini adalah kerana pengunjung yang hadir untuk menatap setiap isi kandungan di blog adalah dari pelbagai golongan dan peringkat. Oleh itu penggunaan bahasa dan ejaan memainkan peranan penting bagi menarik minat pembaca untuk menatap blog kita.

Kompromi

Blog sebagai jambatan komunikasi antara penulis dan pembaca. Oleh itu sikap tolak-ansur perlu diwujudkan agar pertelingkahan dapat dielakkan. Pemilihan bahan terbitan di blog perlu juga menepati fungsi sebenar blog itu sendiri. Pada pandangan saya, blog sebagai pemangkin untuk kita mencetuskan idea perkongsian maklumat atau cereka yang boleh diterima umum. Dengan cara ini secara tidak langsung kita akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam komuniti yang luas ini.

Konklusi

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, kewujudan komuniti di kalangan para blogger adalah bersangkutan dengan isi kandungan penerbitan di setiap blog. Perkongsian ilmiah mahupun kisah hidup perlulah mengikut kriteria yang menjauhi unsur diskriminasi serta boleh mengaibkan mana-mana pihak. Pengolahan kata-kata yang bijak serta penggunaan bahasa yang kemas dan teratur mampu menarik minat pembaca di setiap blog. Hindari dari menulis sebarang fakta atau auta yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Keindahan dan keharmonian alam blog ini adalah bergantung kepada para blogger. Anda bisa menilai dan anda mampu mengubahnya.

Sekian.

p/s : Pengisian di blog umpama pelangi yang menceriakan suasana. Biarkan mendung berarak dan jangan kesali kesilapan.

Dari Pena Penulis,


Comments

Unknown said…
nice sharing :) yeah..akan ku gunakan bahasa2 yg proper pas ni...
APi said…
anda telah mendominasi untuk dijadikan inspirasi..^^
dayah said…
wah, bergaya betul yus guna bahsa blogger otai, tq for sharing dn dpt dihayati :)
:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Jengjalan dari mknace unlimited
Kech Hidayah said…
menulis sesuatu yang pembaca ingin baca.tapi ramai je yang menulis untuk diri sendiri.berkongsi hal peribadi.tak semua hal peribadi tu disukai pembaca kan.kena tengok tujuan blogger tu berblogging jugak la kan.pasal menggunakan bahasa atau perkataan yang semua orang faham tu aku memang setuju.kadang2 kalau guna short form yang tak semua orang tahu tak boleh jugak.aku pernah berbalas2 email dengan kawan bangsa cina.tiba2 dia stop reply email aku.bila selidik2 rupanya dia tak faham short form in malay yang aku guna.hahahha.
touya said…
"ketegaran " - ada juga ayat nie erk ?