Masalah Teknikal Punca Menyepi

Assalamualaikum..

Kerinduan pada kelibat saya? Tidak? Ok, saya faham kehadiran saya di sisi anda hanyalah sekadar di pinggiran. Hahha.. Hampir 3 hari saya bergelut dengan masalah dalaman sehingga mengganggu mood untuk  online. Malah sambungan internet juga tidak saya aktifkan seperti kebiasaannya. Bukan masalah cinta tetapi masalah router untuk modem yang saya gunakan mengalami kecacatan teknikal. Pelbagai kaedah yang bersangkut-paut dengan perihal perkomputeran saya usahakan untuk menyelesaikan masalah ini tetapi tetap menemui jalan buntu. Malah seorang teman yang bergelar pakar teknikal dan IT juga kebuntuan mencari punca masalah router saya. Hanya 2 orang rakan blogger yang mengetahui permasalahan yang saya hadapi ini. Saudara Azizankadir dan saudara Ultraman. Hanya mereka yang tahu mengapa saya menghilang.


Masalah ini berlaku sejak hari Sabtu yang lalu setelah saya melengkapkan transaksi membeli nama domain peribadi naluri-ini.com dan mengaktifkannya. Apa yang saya alami ialah saya tidak dapat mengunjungi laman blog saya sendiri. Saya cuba untuk menyelesaikan masalah ini dari kaedah manual sehinggalah kaedah carian dan panduan dari internet. Yang menjadi persoalan rumit di sini adalah, saya boleh melayari internet seperti biasa sehinggalah laman-laman web terlarang (hanya sekadar menguji) tetapi saya tidak dapat melayari laman web sendiri. Maksudnya saya tidak dapat melihat paparan blog seperti sediakala. [Rujuk gambar]. Saya minta bantuan saudara Azizan untuk cuba melayari alamat naluri-ini.com dan beliau dapat melihat paparannya seperti biasa.

Pada mulanya saya menduga bahawa masalah konflik ip address yang melibatkan plugin pada browser yang saya gunakan. Saya terus cuba melayari naluri-ini.com pada browser yang berlainan namun keputusannya tetap sama. Apabila saya meminta khidmat command prompt, respon yang di jawab adalah seperti paparan imej di bawah. Jika anda lihat pada imej pertama dan kedua seperti tiada sebarang gangguan tetapi jika dilihat pada paparan imej ketiga saya dapat mengesan punca masalah. Yang membuntukan fikiran saya mengapa masalah ini hanya berlaku kepada alamat www.naluri-ini.com sahaja sedangkan laman-laman web yang lain berkeputusan normal? Apakah dns naluri-ini.com tidak wujud?

Imej 1

Imej 2

Imej 3

Alhamdulillah setelah masuk hari ke-5 ini segalanya kembali normal. Dan hati saya berasa aman sekali setelah dapat melihat kembali paparan laman blog saya sendiri. hehhe..

Sekian.

p/s : Menyepi bukan kerana benci cuma meluat.. "General notions are generally wrong"

Dari Pena Penulis,



Comments

wachak said…
masuk rumah baru buat ar kenduri doa selamat. Barulah aman ... keh33
♥ ieRa ♥ said…
entri baru ade hilang kesepian nnti...;)
tumpang blogwalking
azizan4444 said…
aku sokong wanchak..sbb x buat doa selamat kot tu xley masuk..haha..

skarang da ok..boleh la blogging sampai puas.haha
ciK LyndaWawa said…
saya pun pena menyepi..salam ziarah...=]
Mario said…
klu buat...jgn lupa jemput...
Chaon Cornerz said…
wah. rumah baru mewah nie.. banyaknye masalah.. atau alasan semata2 je nie? hahha..
Kech Hidayah said…
ahhaha.betul!tak buat doa selamat la tak boleh bukak.fewwitt..umah baru..
mijae said…
ganah demo main prompt2 aja kawe weh..nk main gano tu
Chak, aku ingat2 nak buat jgk la..
tarikh akan diberitahu kemudian..
Insya-Allah..
Iera, tumpang2 la selalu.. hahha..
ciK LyndaWawa, menyepi bersebab itu kdg2 perlu.. hahha..
Rio, aku xkan lupa jemput ko punye cuma ko tu je yg selalu buat2 lupa jemputan aku.. kah2..
Chek, aku smgt nak hapdet tapi keje bnyak pulak skang nih.. hahha..
Kech, aku buat la nanti.. yg penting ko kene sponsor ketam.. hahha..
Chaon, mane ade mewah weh.. kech punya domain lagi mahal dari aku.. jijan yg cakap.. hahha..
mijae, seperti biaso la.. demo ingak lagi ngan syarat2 menuntut ilmu nge kawe kan?? hahha..
APi said…
rumah baru..
wah wah..