Punca Keretakan Dalam Hubungan Cinta



Assalamualaikum..

Yeah!! Salam bertemu dalam segmen celoteh untuk kategori cinta. Cinta. Cinta. Cinta. Cinta mendominasi keindahan dalam perasaan. Itu adalah perkara pasti yang tidak mungkin dapat disangkal. Akan tetapi jika sesuatu yang perit berlaku kerana cinta secara tidak langsung perasaan bakal didominasi oleh sengsara. Sengsara kerana peristiwa cinta yang tidak kesampaian atau lebih sakit lagi kecewa kerana orang lain (orang ketiga).

Antara faktor logik keretakan sesebuah hubungan cinta itu adalah :

1. Kepercayaan yang disalahgunakan - Apabila seseorang itu berjanji sumpah setia, seharusnya dia memegang janji itu dengan penuh rasa amanah dan takut untuk memungkiri janjinya. Ada sesetengah individu yang bertanggapan bahawa ucapan atau lafaz janji untuk setia itu hanyalah permainan kata-kata yang sekadar terungkap di bibir sahaja. Asas pemikiran beginilah yang telah menguasai mentaliti seseorang individu itu untuk berlaku curang.

2. Kepentingan sendiri melebihi hak individu lain - Dalam ertikata lain, bersikap mementingkan diri sendiri serta tidak peduli akan perasaan orang lain. Dalam sesebuah hubungan cinta itu sendiri menuntut kita agar bertoleransi dalam etika saling memerlukan. Pada awal perkenalan tampak bersungguh-sungguh menjaga kepentingan perasaan insan yang ingin dijadikan kekasih itu tetapi lama-kelamaan rasa meluat akan muncul secara halus dan semakin parah.

3. Cemburu yang melampaui kebenaran - Seringkali perihal cemburu buta itu lebih sinonim dikaitkan dengan kaum wanita. Hakikatnya perasaan cemburu buta juga mampu menguasai benak seorang lelaki. Perspektif yang diambilkira hanyalah melalui khabar angin dan tuduhan melulu tanpa usul periksa. Main terkam sahaja tanpa selidik dan berfikir untuk kali kedua.

4. Kehadiran insan ketiga - Ini merupakan punca keretakan yang merangkumi segenap faktor-faktor di atas. Mungkin ada insan ketiga yang pada awalnya hanya bertindak sebagai tempat meluahkan perasaan atau tempat mengadu tetapi lama-lama timbul rasa sayang kerana terpaut dengan tindakan serta kesediaan insan ini menjadi pengganti. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. hahha..

Oleh itu, cuba renungkan setiap perincian faktor-faktor keretakan sesebuah hubungan cinta di atas. Sejauh manakah kita ikhlas mencinta dan dicintai. Semoga jumpa lagi dalam segmen cinta di lembaran seterusnya. Sekian.


Dari Pena Penulis,


Comments

APi said…
logik..
walau kadang kadang dah tau tapi menempah juga..
Kech Hidayah said…
kena selalu berbincang bersama untuk selesaikan setiap masalah yang jadi punca hubungan makin retak.kalau nak berkomunikasi dengan baik pun susah,masalah takkan selesai melainkan campur tangan orang tengah.
nich said…
cinta kekasih yang retak takpe..
jangan cinta suami isteri..
kesian anak2.. hidup bersama dah lama.. tapi tibe2 berpisah camtu je sebab satu benda kecik yang lama2 jd besar. owh mintak dijauhkan..

cinta manusia.. manusia pergi. wajib pergi.. tapi cinta Tuhan.. kekal abadi.. Tuhan takkan tinggalkan kita.. tapi kita yang selalu tingalkan Tuhan.. lalainye manusia. ok insaf neeQ nikun..
mijae said…
no 3 pernah terjadi kat kawe..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,

sehingga memakan diri
Kacak Itu Saya said…
kalau masing-masing sedar dengan peranan masing2 dalam berpasangan takkan ada insan ketiga dalam hidup..

cemburu buta nie susah.. kadang2 maen serbu ja tampa usul periksa.. kadang2 sebab mulut orang je sampai bleh jadi pertelingkahan..

toleransi & kepercayaan jangan disalahguna.. sekali dah kena tipu jangan harap orang nak percaya dah.. kan abe kan? hahha..
Illiana Hidayah said…
sokong @kacak itu saya..
kalau dah masing2 sedar diri, ingat yang hati tu dah dimiliki, tahu batas antara kawan lain jantina, dtglah 1001 org ketiga pun, still maintain punya.. ni kene kenyit mata sket dah senget bahu sebelah...haishhh! emo pulak~sorry tuan blog~ ;P