Review : Blog, Blogger - Persada Maya, Alam Realiti

Assalamualaikum...

Review : Blog, Blogger , Maya / Realiti

Bertemu kita lagi di persada maya yang mengasyikkan ini. Pengisian saya kali ini bakal membicarakan segmen blog dan blogger. Review ini bukan review biasa tetapi merupakan sanjungan yang tulus dari saya terhadap mereka-mereka yang terpilih ini. Teman maya yang juga merupakan teman realiti.



Persada maya :

Pemilik blog ini bernama Azizan Kadir. Saya pasti ramai yang mengenali blog beliau ini. Perkenalan saya dengan beliau bermula di alam blog pada penghujung 2009. Beliau begitu terkenal dengan gaya penulisan yang memberi kesan dalam setiap pengisian beliau. Olahan kata-kata beliau juga bisa menambat hati sesiapa sahaja yang membaca setiap entri beliau dari awal hingga noktah terakhir. Boleh berbicara tentang cinta, tidak lokek dengan ilmu blogging dan boleh tahan juga karutannya. hahha..

Alam Realiti :

Anda tidak akan dapat menduga perwatakan sebenar beliau di luar melalui gaya penulisan yang beliau terbitkan. Berjambang macho. Aktif dengan aktiviti riadah seperti bowling dan futsal. Pantang diajak. Fanatik dengan pasukan bola sepak Arsenal sehingga mampu menitiskan airmata jantannya jika ada rangkuman menyedihkan menimpa pemain mahupun kelab ini. Sangat menepati citarasa saya (sebagai teman berbual) kerana beliau seorang yang arif juga tentang arena bolasepak tempatan dan antarabangsa. Jika kami bertemu, topik yang akan (wajib) diperbualkan sudah semestinya tentang ilmu blogging dan juga isu bolasepak. Yang menarik, beliau alah pada kucing. hahha..


Persada Maya :

Blogger yang terkenal dengan panggilan Mijae. Saya kurang pasti sejak bila saya mengenali blogger yang gila-gila ini. Gaya penulisan santai berunsurkan fantasi beliau sendiri. Entri beliau lebih menjurus ke arah penceritaan gaya cereka dengan ayat yang mudah untuk difahami (kadang-kadang pening juga baca). hahha..

Alam Realiti :

Di pertemuan pertama kami, beliau seolah-olah seorang yang pemalu la sangat. Berwajah garang tetapi dalam hati ada taman. hahha.. Setelah bersua-muka beberapa kali barulah beliau menunjukkan taring. Perwatakan ceria manja terutama sekali bila berbicara tentang gadis (Siam). Agak hensem dan juga meminati sukan bolasepak. Pendek kata kalau diajak bermain futsal, jika berkelapangan beliau pasti tidak akan menghampakan. Sanggup turun padang walaupun sekarang ini beliau menetap di Perak. 


Persada Maya :

Suatu ketika. Antara teman blogwalking yang boleh tahan juga mengarutnya. Kelibat beliau di blog sangat mudah ditemui di mana-mana blog (awek). hahha.. Dengan gaya penulisan formal tetapi bersahaja, blog beliau adalah antara blog yang tidak akan saya lepaskan peluang membaca isi kandungan artikel yang beliau ketengahkan. Sekarang ini beliau agak pasif di dunia blog kerana sibuk dengan kerja. Jarang-jarang dapat melihat kelibat beliau pada waktu ini tapi masih berkesempatan menjengah blog kawan-kawan.

Alam Realiti :

Pertemuan pertama kami bermula di Gathering Gengblogger pada bulan Julai 2010. Bibit-bibit pertemuan yang sememangnya dirancang. Personaliti ala-ala mat rock yang ganas tetapi dalam hati ada taman juga rupanya. hahhahha.. Tidak lokek dengan senyuman menggoda (tayang gigi). Selepas dari pertemuan pertama itu, kami lebih kerap meluangkan masa bersama (bukan hanya kami berdua). Meminati sukan ragbi tetapi lebih cenderung ke arah sukan bolasepak. Sejak kebelakangan ini kami jarang dapat bersua-muka kerana beliau sibuk memberi penumpuan terhadap kerja (+ - hangat bercinta).

Cukup sampai di sini saya menulis untuk edisi review dalam segmen blog dan blogger. Insya-Allah kita akan bersua lagi dalam segmen ini di lain masa di lembaran idea blogging seterusnya. Segala silap, salah tutur bicara di sini biarlah ianya berakhir di sini.

Sekian.

p/s : Inspirasi yang membawa kemajuan itu bertitik-tolak dari perkongsian idea sesama kita.

Dari Pena Penulis,





Comments

Chaon Cornerz said…
amboih.. semua dalam hati ada taman ke? aku siap letak senapang lagi nie.. hahha.. Thanks bro review.. Nak suruh aku apdate la tue.. hahha..
mijae said…
ni dlm poket kawe ade pistol ni hahahaha

agak hensem tu auta gamoknya wahaha
aida said…
best ye dapat melepakkkkkk sesame~
azizan4444 said…
aku alah pada bulu..kalau kucing tu tak berbulu insyaAllah aku boleh kawan dgn kucing tu..haha..

ps:kawe tgk mijae dlm gambar nampak ganas..takut jgk nak jumpa mase pestime kt stadium artu..rupenya lembut tuan die..haha

hebat main futsal ni..

pss; aku suka pada rambut chaon.haha

kesimpulan dia..

klu x jumpa mmg susah nak agak cmne perwatakan sebenar klu takat tengok pada penulisan..tp pada penulisan jgk org dapat agak cmne perwatakan seseorang tu..
azizan4444 said…
aku alah pada bulu..kalau kucing tu tak berbulu insyaAllah aku boleh kawan dgn kucing tu..haha..

ps:kawe tgk mijae dlm gambar nampak ganas..takut jgk nak jumpa mase pestime kt stadium artu..rupenya lembut tuan die..haha

hebat main futsal ni..

pss; aku suka pada rambut chaon.haha

kesimpulan dia..

klu x jumpa mmg susah nak agak cmne perwatakan sebenar klu takat tengok pada penulisan..tp pada penulisan jgk org dapat agak cmne perwatakan seseorang tu..
wachak said…
woo ader member tengah hangat bercinta rupanyer. patut ar tak timbul2 .. keh33
Mario said…
pasni review blog aku...ckp blog rockerzzz...ekeke

errr...penulis review pun dlm hati ada taman jgk kan...ekeke

jijan nagn on mmg laa....
Anonymous said…
perlu memeriksa:)