Assalamualaikum..
Sebelum ini...
Keinginan untuk menulis mebuak-buak namun kesibukan kerja yang menjadi periuk nasi menjadi keutamaan. Tekanan yang ditanggung bukanlah suatu alasan untuk saya terus berdiam tanpa celoteh di ruangan blog yang menjadi pengubat kerinduan kepada teman-teman ini. Himpunan idea sempat saya drafkan terlebih dahulu sebelum diterbitkan kepada umum. Saya lebih suka menilai hasil penulisan saya terlebih dahulu sebelum menjadi tatapan umum.
Sekarang...
Jadual kerja saya sudah kembali teratur jika dibandingkan dengan 2 bulan kebelakangan ini. Maknanya saya ada lebih banyak masa mengadap paparan skrin laptop daripada berada di luar kawasan. Apa yang perlu saya aturkan hanyalah kesempatan ruang waktu untuk bersosial dengan aktiviti riadah tertentu bersama rakan-rakan.
Jika sebelum ini saya hanya sempat bermain futsal pada kadar sekali dalam jangkamasa 2 minggu tetapi sekarang saya dapat meluangkan masa hampir 2 kali seminggu bermain badminton. Sangat menyegarkan dan kestabilan stamina kembali pada tampuk asal. hahha..
Kemaskini Kandungan Blog
Baiklah, di pertemuan ini saya ingin mengimbas kembali tentang isu proses pengilhaman sebagai idea menulis. Sekian hari semakin bertambah bilangan blogger yang bercerita dan berkongsi berita melalui medium maya yang dinamakan blog ini.
Seperti yang kita semua sedia maklum, proses pengilhaman boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak mengira ruang tempat dan persekitaran. Rentetan perjalanan hidup kita ini boleh dijadikan pemangkin untuk berinpirasi dengan pandangan dan dinyatakan dengan luahan melalui coretan. Dan kerapkali juga kita diingatkan agar tidak menulis kerana sifat kebencian tanpa memikirkan sensitiviti individu atau terus mewar-warkan suatu propaganda berbentuk diskriminasi.
Pemilihan niche dalam pelbagai genre penulisan juga merupakan aspek penting yang perlu kita renung dan fikirkan apabila kita terjun ke alam blog ini. Kita seharusnya bijak untuk menjadikan karya penulisan kita lebih bersifat mesra pembaca agar ia dihargai. Penggunaan prosa kata atau gaya bahasa juga memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca.
Pada pengamatan saya, permainan kata yang mudah difahami dan tidak terlalu peribadi adalah lebih mendapat tumpuan pembaca. Apa yang saya maksudkan adalah berkaitan penggunaan ejaan dan susunan ayat yang memudahkan pembaca memahami setiap isi kandungan dari bahan yang ingin kita tampilkan dalam setiap entri.
Sudah banyak kali perkara ini diperbincangkan dan rasanya tidak perlulah saya mengulas dengan lebih mendalam pada entri ini. Teruskan bacaan anda dengan mengelik pautan[link] di bawah. Anda bijak menilai dan anda mampu mengubahnya. Sekian.
p/s : A brain is worth little without a tongue.
Dari Pena Penulis,
Comments
yelah2.. nnt aku usahakan yg terbaek..
lbh tepat aku klaskan blog personal yg memperkatakan tentang kehidupan seharian..
idola aku dlm blogging sdh pasti blogger hebat dr luar negara.haha
Biar org nampak blog personal kita ni bercirikan penulisan yang berfaedah dan profesional dari segi garapan idea yang kita nukilkan.
aku xde idola.. kah2..