Inspirasi Dari Hubungan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans


Assalamualaikum..

Salam bertemu di halaman penuh kontroversi yang dibayangi simbol-simbol gosip. Saya yakin dan pasti kepada anda-anda yang mengambil berat tentang isu-isu hiburan tanah air pastinya sudah mengetahui tentang gosip terhangat yang melanda dua artis tersohor yang menjadi tajuk di atas. Jadi untuk apa lagi saya war-warkan di sini? Ingin saya maklumkan bahawa, blog ini bukanlah halaman yang memenuhi kehendak pembaca yang kurius tentang dunia hiburan. Saya sebagai penulis lebih suka bercerita sesuatu perkara secara umum tetapi spesifik ke arah kupasan yang melibatkan segenap individu termasuklah diri saya sendiri.


Sebenarnya bukan kisah perhubungan antara Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans yang ingin saya sentuh di sini tetapi saya ingin mengupas perihal situasi yang melanda mereka dari konteks yang general. Dari aspek penafian yang mereka katakan kepada para wartawan, hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan tetapi mempunyai ikatan chemistry yang sangat kuat. Lebih mudah difahami dengan istilah "Teman Tapi Mesra".

Saya percaya perihal sebegini bukan hanya melanda golongan artis atau selebriti sohor semata-mata tetapi perkara ini juga berlaku kepada kita semua. Bukan semua orang yang kita suka dampingi itu boleh membibitkan perasaan cinta. Secara asasnya, cinta itu lebih tepat digambarkan sebagai rasa kasih sayang terhadap seseorang dengan mengambilkira faktor perincian terhadap kondisi individu yang dicintai itu. Oleh itu, kadangkala pandangan pertama kita terhadap kemesraan sesetengah individu itu sebagai cinta ternyata meleset sama sekali.

Dari sudut pandangan saya, dalam memenuhi lumrah kehidupan harian kita akan bergelumang dengan pelbagai jenis kerenah dan peel rakan-rakan. Namun begitu tidak keseluruhan dari rakan-rakan itu akan memberikan impak keserasian. Tidak mengira faktor jantina, istilah serasi dalam pergaulan itu adalah lebih cenderung kepada unsur saling memahami perangai masing-masing. Maknanya setiap perlakuan atau tindakan yang tampak keterlaluan oleh individu lain akan nampak normal sahaja pada pandangan teman mesra ini.

Keakraban yang berlaku antara dua individu yang berkawan biasa ini telah mencetuskan suatu tanggapan yang terpesong dari kebenaran. Dari pengalaman saya sendiri, kepentingan teman tapi mesra ini sebenarnya amat menguntungkan kerana bagi saya tidak semua perkara itu dapat kita luahkan kepada insan yang dicintai seadanya atas faktor-faktor tertentu. Perkara yang bukan rahsia tetapi tidak dapat dikongsi mungkin kerana kecenderungan minat yang ternyata berbeza dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kehadiran seorang insan yang menjadi teman tapi mesra ini adalah perlu sebagai tempat untuk kita menikmati keriangan tanpa rasa janggal serta berkongsi masalah tanpa rasa ragu. Cuma kurang kefahaman kita terhadap perhubungan jenis ini kadangkala menyebabkan tafsirannya berbeza. Serasi bersama itu belum tentu menjanjikan bahagia bersama. Akan tetapi tidak mustahil terjadinya isu "Secret Admirer". Sekian. hahha..

p/s : Let's organize this thing and take all the fun out of it.

Dari Pena Penulis,



Comments

~~su manje~~~ said…
salam ziarah bro yus...
pekabar...?
su singgah up traffik je nie..
tak bacepost....
ekekekkekekek
pecaye tak...?
CERITA LEBAT said…
gua baca sampai separuh beb entry ni.tp panjang sgt!
Kech Hidayah said…
ada eloknya kalau mempunyai teman tapi mesra tapi elakkan la kalau pasangan yang dicintai tak suka kita ada teman tapi mesra.belajar untuk berkongsi segalanya dengan pasangan yang dicintai la kesudahannya.kan?
Saya said…
teman tp mesra?? mmg tak fhm aku dgn istilah ni heh
Unknown said…
rasanya jd teman tapi mesra dengan berlainan jenis time kita single boleh la..tapi klu dah berpunya tu klu boleh tu elakkan la kan..demi menjaga hati..walaupun pasangan kita macam xkisah..tapi sebenarnya hati dia kita xtahu.. :)

da byk sgt dah pengalaman ada teman tapi mesra.. :p dan mmg slalunya mmg org akan salah faham..

meh singgah di "http://syafiqahmohmad.blogspot.com/"
APi said…
teman itu mesra..
pasangan cemburu buta..
semua berlaku tak sengaja..
apakan daya, lumrah manusia..
i pom suke ngan ju tp zizan dia ngengade..rase nk pergi picit je idong dia


hikhik
|.a.r.i.e.z.a.| said…
pstt psstt wahh dh jd doktor cinta ko ni yus :p
pilotHans said…
hahaha......mmg dpt keyword teman tapi mesra terus tangkap nak komen..haha..normal laa laki/ppuan teman tp mesra...sbb klo ngan laki rasa gay n xsesuai..haha.....
green said…
::Teman Tapi mesra nih sperti kiter berkawan dgn seseorg tak lebih dari tue::sayer pun ader jugak TTM>teman tapi mesra<nih,dia lah untuk kter berkongsi masalah,riang dan mesra alam gitu lah:::hehehehe
Anonymous said…
::Teman Tapi mesra nih sperti kiter berkawan dgn seseorg tak lebih dari tue::sayer pun ader jugak TTM>teman tapi mesra<nih,dia lah untuk kter berkongsi masalah,riang dan mesra alam gitu lah:::hehehehe