Mencintaimu. Menegur atau menyakiti hati.


Assalamualaikum..

Bersawang!? Belum lagi. Kesibukan mengumpul wang ringgit yang menjadi tuntutan wajib dalam kehidupan tidak menghalang saya untuk meluangkan sedikit waktu demi melepaskan idea yang terperangkap di penjara minda. Rutin aktiviti harian kini mulai kembali rancak dengan pelbagai perencanaan baru dalam tugasan. Ini bukan sungutan tetapi sekadar luahan tekanan dalam situasi meneruskan hidup bekerjaya. hahha..

Cinta itu indah. Cinta itu menyenangkan. Cinta itu mengasyikkan. Cinta itu membahagiakan. Namun ada ketikanya, cinta itu amat menyakitkan. Bagi anda yang sedang dilamun cinta, pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda kenapa si dia jatuh cinta terhadap anda? Apakah tindakan anda sehingga menyebabkan si dia jatuh cinta terhadap anda? Pentingkah soalan begini diajukan?


Sebenarnya, dari sudut pandangan saya soalan sebegini sifatnya adalah perlu demi menjaga kepentingan antara pasangan. Maksudnya kita perlu menjadi diri sendiri dalam melayari bahtera cinta serta campakkan sejauh mungkin sifat kepuraan yang seakan-akan sempurna. Hal ini adalah kerana berkemungkinan juga pasangan kita akan mulai berasa meluat dengan tindakan atau perlakuan kepuraan itu. Renungkan.

Mungkin perkara sebegini dipandang ringan oleh sesetengah individu bercinta tetapi secara dasarnya dengan persoalan begini secara tidak langsung boleh mengingatkan kita betapa pentingnya jalinan cinta yang sedang melanda. Sejenak merungkai pelbagai persoalan sebegini dapat mendekatkan kita dengan si dia serta lebih mengenali hati budi masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa adakalanya kita bersikap mementingkan diri sendiri dengan menjauhi untuk berfikir tentang kebarangkalian yang remeh temeh. Salah satu cara untuk mengetahui bagaimana untuk menyayangi pasangan kita adalah dengan melihat bagaimana si dia menyayangi orang lain. Kasih sayang yang ditonjolkan oleh pasangan kita itu sebenarnya memberi klu bagaimana untuk kita lebih dekat dan lebih menyayangi mereka secara semulajadi.

Hubungan yang baik adalah dengan mengutamakan sikap tolak ansur dalam ertikata tegur-menegur secara positif. Mungkin si dia bersikap sensitif tetapi lama-kelamaan si dia akan sedar bahawa teguran kita itu sebenarnya penting demi menjaga keharmonian dalam hubungan. Terpulang kepada cara masing-masing untuk meluahkan teguran. Manipulasi secara psikologi. Bagi saya sendiri, saya lebih cenderung ke arah sindiran yang kadangkala boleh menyebabkan pasangan saya makan hati. hahhahha..

Baiklah, sampai di sini dahulu sesi pertemuan kita dalam kategori cinta. Bertemu di lain masa, insya-Allah.. 

Sekian.

p/s : "Doing nothing is the hardest work of all. No breaks, no days off."

Dari Pena Penulis,


Comments

APi said…
cinta..
lumrah manusia..
terkadang kita alpa..
kerna asyik dengan cinta..

cinta..
lain orang lain definisinya..
hakikatnya ia serupa..
cinta Illahi lebih sempurna..

cinta..
kronologinya berbeza..
walau pengakhirannya sama..
suka duka adat bercinta..
Munix™ said…
ohhh cinta peritnya... nak buang sayang simpan mkin mnjadi-jadi
adilah said…
betulkah cinta itu buta ?
khaizarien said…
cinta.....hadirnya tiba tiba tanpa di pinta....perginya juga hilang tanpa bicara....

sedih! sentap! kenapa bercinta?
ia perasaan indah yang di beri oleh pencipta
abi hurairah said…
bersawang? hahahah..

meme mukadimmah ganah gilo hahah