Pemilihan Templat Mempengaruhi Pengunjung BLOG


Klik pada imej untuk paparan lebih jelas


Assalamualaikum...

Salam bertemu dalam lembaran edisi dari blogger untuk blogger. Saya bukanlah seorang yang pakar tentang laman web dan blog. Saya bermula sebagai seorang pembaca blog yang begitu tegar dengan pendirian tidak mahu menerbitkan sebarang luahan idea secara maya. Tetapi atas desakan rasa untuk menulis tanpa segan silu saya tabahkan hati untuk memulakan misi dan visi dalam dunia penulisan maya.


Seperti yang saya nyatakan di atas bahawa saya bukanlah arif tentang laman web atau blog tetapi sepanjang penglibatan saya dalam arena penulisan maya ini ada beberapa tips untuk dikongsi bersama. Pada pertemuan yang lalu saya telah lampirkan beberapa pandangan tentang "Idea Bahan Penulisan" yang mungkin boleh dijadikan panduan  oleh para blogger yang kebuntuan idea untuk mengemaskini bahan terbitan.

Untuk edisi kali ini, saya ingin menyuarakan pendapat tentang "wajah identiti blog". Apa yang saya maksudkan di sini adalah pemilihan templat yang mesra pengunjung dan pembaca. Tujuan penerbitan sesuatu bahan bacaan di blog adalah untuk santapan umum. Tidak kira bahan yang diterbitkan itu berbentuk berita, cerita, humor dan lain-lain lagi, tujuannya adalah untuk ditatapi oleh para pembaca dari pelbagai golongan dan peringkat.

Pada pendapat saya, selain daripada daya tarikan tajuk, faktor warna dan struktur susunan widget merupakan perkara penting yang mampu menarik minat pengunjung blog untuk terus setia membaca. Jika dinilai dari sudut lain pula, penggunaan widget juga perlu dititik-beratkan mengikut kepentingan. Saya seringkali terbaca di kebanyakan blog yang menyuarakan tentang penggunaan sistem pemain muzik latar. Penggunaan widget ini sebenarnya mengganggu sesetengah pengunjung blog kerana melambatkan sesebuah laman itu untuk loading.

Penampilan templat perlulah menarik pada kadar yang berpatutan serta tidak keterlaluan. Templat yang berhias cantik tidak semestinya akan disukai oleh pengunjung blog kerana mempengaruhi faktor loading. Kebiasannya, pemilihan templat yang tampak ringkas lebih disukai oleh pengunjung blog kerana tidak perlu menunggu lama. (Bergantung kepada penggunaan sistem sambungan internetInternet provider) Bagi pengunjung yang menggunakan broadband sudah semestinya mereka akan merasai kepayahan.

Jika anda rasa blog anda adalah yang terbaik, anda fikir sekali lagi. Anda seorang blogger yang bijak, anda mampu menilainya. Hahha.. [Speed Test Tool]

p/s : Biar ringkas tapi kemas daripada cantik tapi serabut.

Dari Pena Penulis,

Comments

Kech Hidayah said…
besarnya size blog aku...dah lebih 100kb neh...
Cik Effie said…
ilovemybelog.blogspot.com:
.size: 48.9 KB
.load time: 0.49 seconds
.average speed per KB: 0.01 seconds

Hahha dessertsonline lagi best.
.size: 110 KB
.load time: 0.28 seconds
.average speed per KB: 0 seconds
wachak said…
94.24KB tu. slim giler. Kalu anak dara dah kena ngorat blog ko ni ... keh33
APi said…
ringkas dan kemas itu menawan..^^
Unknown said…
blog buku conteng cam ringan je...try la masuk unt inspection...ngeh2
azizan4444 said…
kira laju lg x nak load page aku tu?haha

klu ckp bab template ni..aku suka yg waran putih..nampak simple..pembaca pun x sakit mata nak bace entri..bab widget tu letak mne yg sesuai je..selagi x mengganggu..aku pasang.hehe
azizan4444 said…
satu lg..aku ad terbaca...org ckp kelajuan blog mempengaruhi seo blog jgk..blog ko laju nak load..konpem seo power..keh3...
Anonymous said…
aku tak pahamla...blog aku laju ke slow?
Anonymous said…
Kech, ntah la yek.. ko tu kecik.. tapi blog besar.. hahhah.. pelik gak aku pon.. :P
Anonymous said…
Cik Effie, ok la tu.. x berat nak load.. lgpon klu guna template klasik x bnyak js. sbb tu lg laju.. hehheh..
Anonymous said…
Chak, size asal 202kb tuh.. giler2 pnya diet sampai size skang nih.. hahha..
Anonymous said…
Api, ringkas tapi selekeh pon ok jgk asalkan senang nak load page.. hahha..
Anonymous said…
Cik Jari Deco, kdg2 size blog kecik je, tapi masih jugak lambat nak load.. fikir2kn kenapa.. hahha..
Anonymous said…
Chek, nih sbb baca e-book seo la aku tukar templat buat kali ke berapa ntah.. hahha..

pelik jgk kdg2 jumpa blog yg penuh dgn mcm2 widget.. tp xde keperluan pon, sekadar nak cantek..
tiafazunia said…
ce cek blog aku, hikhik!asek2 azizan kadir jee! :P
yusenze said…
tia, tamau la.. blog ko giler.. hahha..

ko kan gemok.. mesti blog ko gemok jgk.. kekekek..
Unknown said…
cam berat jer blog eqa ni 108.53kb... huhu..

btw eqa suka template background putih :)

Jom Baca "MENGAPA PENGKID JADI PILIHAN???"
yusenze said…
108 tu kire ok la kot.. tapi klu boleh mmg digalakkan untuk diet sampai dpt bwh 100kb.. hahha..

B/ground putih lebih mesra pembaca rasanya.. tapi lain org lain pandangan.. (-_-")
dayah said…
haha. beratnya blog sy 163.23, oke blog gemuk. nt sy buang yg tak patut, tq entry ni yus
yusenze said…
Dayah kurus mcm kech tapi blog gemok.. kasi mkn mende?? hahhahha..