Blogger dan Blog-blog Mereka



Assalamualaikum..

Salam kebahagiaan jiwa raga hendaknya kepada semua pengunjung yang sudi membaca risalah saya ini. Baiklah, hari ini idea untuk menulis tentang kecenderungan para blogger mengisi ruangan blog kerdil ini. 

Berpandukan tajuk besar yang tertera di atas, dari pengamatan halus saya mendapati bahawa, kebanyakan blogger memiliki lebih daripada satu blog. Sedar atau tidak mungkin dalam sehari kita akan menerjah masuk, berkunjung ke blog yang berbeza pada dasar nama dan rupa tetapi sebenarnya merupakan hasil kerja jemari dari seorang penulis blog yang sama dengan identiti yang berbeza.

Apakah faktor kebarangkalian yang menyebabkan seseorang blogger itu memiliki lebih daripada satu blog? Bagaimana agaknya cara blogger berkenaan menguruskan blog-blog mereka?

1. Faktor : Niche / konsep penulisan
  • Kita tidak dapat menjangka dengan jelas persamaan antara "identiti blog" dan "identiti penulisnya". Kita juga tidak mampu menduga idea yang muncul secara tiba-tiba. Perkara ini mungkin merupakan faktor dan punca mengapa seseorang blogger itu memiliki lebih daripada sebuah blog. Dari segi pengurusannya pula, etika atau kekerapan untuk mengemaskini tidak terlalu terikat dan sempit dengan konsep yang sama sahaja. Barangkali juga si penulis adalah peniaga yang gemar menulis tetapi tidak suka mencampur-adukkan perihal niaga dan perkara peribadi.


2. Faktor : Mencuba dan mencuba
  • Semakin lama seseorang itu terlibat dalam dunia blog, pastinya idea dan ilham untuk mencuba sesuatu corak pengisian yang baru akan muncul. Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak berjaya menarik perhatian pengunjung dengan cara penyampaian di blog pertama maka wujudlah blog yang kedua. Semakin lama berkecimpung dalam dunia blog ini semakin kita mara untuk terus maju setapak demi setapak. Jika di awal penglibatan mungkin kita hanya menggunakan domain dan hosting percuma tetapi kini beralih arah untuk memiliki sebuah nama domain unik tersendiri.


3. Faktor : Sumber kewangan sampingan / tetap (lumayan)
  • Faktor ini merupakan yang terbesar berbanding faktor-faktor di atas. Cara mudah menjana pendapatan sampingan adalah dengan mempamerkan iklan-iklan dari penaja di sudut tertentu ruangan blog. Boleh dikatakan semua penaja pengiklanan tidak menghadkan pengguna untuk mempamerkan sumber iklan hanya pada satu blog atau laman web sahaja. Lebih banyak iklan dipamerkan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak, penaja dan pengguna.


Berikut adalah faktor kebarangkalian sektor majoriti mengapa seseorang blogger itu memiliki lebih daripada satu blog sahaja. Anda seorang pembaca yang bijak, anda mampu menilainya. Sekian.

p/s : A candle loses nothing by lighting another candle.

Dari Pena Penulis,



Comments

FD said…
1 blog pun dah cukup nak generate earning, kalau pndai bermain dengan duit dan suka bisnes... :D
APi said…
aku still tak jumpe niche aku lagi..=.='
azizan4444 said…
blog aku dah bercmapur semua kot 2 3 arini..kesnya sbb malas..main updte je.haha

yg part income tu sape x amik peluang rugi..alang2 duk mngdap tenet
nich said…
kekasih terbaik yang pernah singgah di hatiku..
jangan pernah kembali ..
jangan pernah kesini..
kekasih terbaek yang pernah singgah dihatiku..
selamat tinggal kekasih..
selamat tinggal sayangku..

hekhekhekhek.. besh tak suara i? kahkahkahkah
yusenze said…
1 orang 1 blog tu otai namanya.. hahha..
yusenze said…
Api, aok tu da kire pak pujangga.. hahha.. ok la tu.. kire niche la jgk kot..

klu nak konpom kene tnya zizan..
yusenze said…
Chek, blog rasmi tetap dgn konsep rojak mengikut idea ngan kategori..

blog baru nih jadi masalah.. sbb nak tarik trafik dulu.. da ok baru boleh menten.. klu x mmg nak kene all out.. hahhah..
yusenze said…
Nikon.. apekah?
nyanyi? hahha..