Flixya.com - Cara alternatif untuk memohon Google Adsense


Flixya.com by Google Adsense
Assalamualaikum..

Salam ceria bersama senyuman walaupun dalam hati tersirat sebuah perasaan gundah. Pada sesi kemaskini blog kali ini saya ingin berbicara serba sedikit tentang Flixya.com dan Google Adsense. Saya yakin anda pastinya sudah biasa mendengar tentang kehebatan google adsense ini. Kos per klik yang ditawarkan adalah dari nilai $0.05 sehingga $30.00.

Mungkin ramai yang sudah berjaya memohon akaun adsense ini secara terus daripada pihak google melalui blog masing-masing dan sedang mengumpul hasilnya. Namun begitu saya pasti ramai juga yang kecewa setelah permohonan yang sekian kalinya dihantar tidak diluluskan oleh pihak google.


Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk memohon akaun google adsense ini. Selain daripada memohon secara terus melalui Blogger.com, terdapat juga alternatif lain untuk memohon akaun adsense. Di sini saya ingin mengutarakan pandangan saya mengenai sebuah laman sosial yang berkesinambungan secara terus dengan google adsense iaitu Flixya.com. Semestinya sebelum membuat review ini saya terlebih dahulu mencuba keberkesanan laman web ini. Anda boleh periksa akaun Flixya saya yang baru berusia 3 hari dan secara jujurnya ada juga hasil walaupun hanya 1 klik sahaja. hahha..

Flixya.com mengetengahkan serta memberi ruang kepada pengguna internet untuk menjana sumber kewangan sampingan melalui perkongsian bahan dalam bentuk foto, video, dan artikel penulisan secara maya dan terbuka. Faedah daripada hasil iklan yang dipaparkan adalah milik pengguna 100%. Anda juga boleh memohon secara terus google adsense melalui laman web sosial ini. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun adsense, anda hanya perlu selaraskan akaun anda kepada laman web ini dengan memasukkan nombor ID akaun adsense anda. Iklan yang bakal dipaparkan adalah mengikut kreativiti anda dalam bahan yang diterbitkan.


Di antara kelebihan laman Flixya.com ini adalah, jika anda log masuk ke akaun anda, paparan iklan daripada google adsense akan dinyah-aktifkan secara automatik agar tidak berlaku sebarang komplikasi yang dipanggil 'fraud click'.

Mengapa permohonan anda tidak diluluskan?

1. Adsense begitu mementingkan pengisian yang segar, dalam ertikata lainnya adalah sebuah penerbitan artikel yang diilhamkan melalui penulisan tersendiri walaupun artikel berkenaan diambil dari sumber rujukan internet. Adsense menekankan agar setiap bahan pengisian yang diterbitkan itu dapat memberi faedah kepada pembaca dengan kebijaksanaan sistem atau software yang dapat mengesan setiap isi kandungan bahan terbitan itu agar iklan yang bakal dipamerkan adalah selaras dengan cerita yang diterbikan.

2. Akaun adsense juga dilengkapi dengan software yang mampu mengesan 'fraud click' melalui tapisan alamat IP pengguna. Oleh itu, dinasihatkan dengan tegas agar tidak sesekali mencuba untuk klik iklan sendiri. Jika perkara ini berlaku pihak adsense akan terus menolak permohonan anda.

Untuk memohon akaun adsense secara terus anda boleh layari alamat berikut http://www.google.com/adsense/.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

Dari Pena Penulis,


Comments

Unknown said…
salam ...
bro yus yang hensem....
Kacak Itu Saya said…
salam...
bro yus yang ensem....
ekeke