Tips Mengoptimumkan Google Adsense

Jika anda renung sejenak pengalaman anda sendiri dalam melayari internet, anda mungkin tidak akan menekan atau klik pada sesuatu yang dengan jelas dan nyata seolah-olah terpampang kenyataan "Saya adalah iklan!". Kebanyakan pemilik blog/laman web yang memulakan AdSense akan menggunakan tetapan khas yang disediakan oleh Google tetapi sayangnya tetapan tersebut membuat unit iklan dilihat terlalu jelas seperti iklan. Jika anda ingin meningkatkan klik pada paparan iklan, anda perlu untuk menggabungkan iklan anda supaya berpadanan dengan blog/laman web anda serta tidak terlalu menonjol sebagai iklan.

Contoh : 

www.rapidrnf.com
Imej di atas adalah sebagai contoh tetapan sepertimana yang disarankan olah pakar-pakar yang arif tentang Google Adsense. Kebanyakan pemilik blog/laman web akan mengoptimumkan unit iklan Google supaya lebih berkesan. Apa yang mereka lakukan merangkumi:

Mengadunkan Latar Belakang

Menetapkan latar belakang unit iklan sama seperti latar belakang  halaman atau templat. Dalam contoh di atas, sebelah kanan, unit iklan yang dipaparkan pada sidebar tidak terlalu menonjol seperi paparan iklan tetapi dilihat seolah-olah pautan tertentu sahaja.

Hilangkan Sempadan 

Jika anda perhatikan pada contoh di atas, ketiga-tiga iklan yang dipaparkan tidak mempunyai sempadan @ border. Menghilangkan sempadan boleh memberi kesan supaya pengunjung akan klik pada iklan yang dipamerkan pada kadar yang lebih dramatik. Hal ini adalah kerana, paparan iklan tersebut tidak terlalu menonjol sebagai paparan iklan.

Masukkan Unit Iklan dalam Entri

Dalam akaun AdSense, anda juga mempunyai pilihan untuk menetapkan warna yang berbeza untuk tajuk, keterangan, dan teks pautan yang dipamerkan. Oleh yang demikian, apa yang disarankan adalah pemilik blog/laman web mengubah tetapan warna agar berpadanan dengan warna entri yang diterbitkan. Ini akan menampakkan seolah-olah paparan iklan berkenaan nampak seperti sebahagian daripada bahan dalam entri. Secara tidak langsung, anda telah mengoptimumkan paparan iklan tersebut. Bagi pengguna Wordpress pastinya tetapan ini tidak menjadi masalah kerana Wordpress telah menyediakan plug-in yang khusus. Bagi mereka yang menggunakan blogger.com atau blogspot, anda boleh rujuk pada pautan di bawah ini.


Membuat Teks Pautan Bewarna Biru

Menurut kajian, teks pautan yang menggunakan warna biru adalah lebih menarik perhatian pengunjung untuk menekan. Tetapi penetapan warna adalah mengikut citarasa anda sendiri. Pemilihan warna biru untuk teks pautan adalah sangat sesuai jika anda menggunakan templat yang berlatar belakang putih. Tetapi jika anda menggunakan latar belakang hijau? Adakah warna biru sesuai digunakan sebagai teks pautan? Oleh itu anda perlulah bijak menyesuaikannya dengan templat yang anda gunakan.

Adsense sebenarnya memberi ruang kepada anda untuk bereksperimentasi. Anda boleh terus menguji, menguji, dan menguji tetapan manakah yang memberi impak paling berkesan. Akan tetapi dalam bereksperimentasi, anda perlulah tahu apa yang anda lakukan itu. Google Adsense telah menyediakan statistik khusus supaya anda boleh melihat paparan iklan mana yang lebih efektif. Selamat mencuba.


p/s : Anda seorang yang bijak, anda mampu menilainya.

Dari Pena Penulis,

Comments

suffer8zine said…
wahhh nice ni bro, ingt nk try la

Panas!!! : Senarai penuh calon ABPBH 2010-2011
azizan4444 said…
harap2 menjadi la lps bt cmni..tq tips boh.hehe

dpt 2 usd sari pon da ok bt mse skng..keh3
madammondoq said…
salam..

nice blog..
nak tahu tak apa yg setiap malam..malam pertama?
salam singgah ke blog saya..

TQ
auctions said…
wow...ada tips adsense disini...menarik..thanks for sharing...
miyana said…
owh..macam tu...tapi saya belum daftar adsense macam payah jer...erm...
rasta said…
masih lagi belajar,,,,,merangkak lagi rasta nie ttg adsense