Tsunami di mana-mana, di mana anda berada?

Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan

Assalamualaikum..

Edisi karutan berilmiah bakal mengisi ruang penulisan kali ini. Apakah topik yang ingin diperkatakan? Saya rasa saya ingin berceloteh serba sedikit tentang fenomena dewasa ini.

Dalam tilikan kamus dewan, perkataan "fenomena" ini ditafsirkan sebagai "sesuatu (kenyataan, kejadian dsb) yg dpt dikesan oleh pancaindera dan dpt pula dijelaskan secara ilmiah." Apa pandangan anda tentang kesinambungan perkataan ini dengan tragedi dahsyat yang menimpa negara matahari terbit. Gempa bumi dan tsunami di Jepun yang berlaku pada 11 Mac 2011 yang lalu memberi kita gambaran bahawasanya, bumi kita ini sudah terlalu uzur untuk bertahan menanggung aktiviti manusia pada usianya yang tidak terhitung.


Pejelasan saintifik mungkin memberi hasil nilaian yang menjurus ke arah logik akal. Tetapi bagi yang berpegang pada sesuatu ajaran agama dengan penuh ketegaran, musibah yang berlaku adalah kerana ketentuan Tuhan memberi petanda kepada khalifah di muka bumi ini. Tafsirannya tetap sama iaitu kerana manusia semakin menjauh dariNya serta mementingkan perihal dunia melebihi kepentingan hari "berikutnya". Natijah yang ditunjukkan oleh Tuhan itu berfungsi sebagai peringatan bahawa kita tidak mampu hidup selama-lamanya di dunia fana ini.

Dalam kekecohan umat manusia bercerita tentang kesedihan, kesengsaraan dan kekurangan upaya insan yang ditimpa musibah ini, saya tertarik juga untuk menyentuh tentang tafsiran serta luahan segolongan manusia. Ada yang menunjukkan simpati secara ikhlas malah ada juga yang meluahkan sindiran. Saya pasti anda sebagai pembaca yang "alert" semestinya ada terbaca kisah sang "Ultraman" yang melarikan diri dari pukulan ombak setinggi 30 kaki. hahha.. Walau apapun, pihak akhbar yang berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada dunia secara terang-terangan. 


Manusia mudah lupa, manusia itu bersifat lalai. Mungkin kita menganggap gurauan itu sebagai tanda simpati yang digambarkan dalam nada bersahaja tetapi kita terlupa bahawa gurauan kita itu tidak semestinya dapat diterima oleh semua orang.

Rasanya cukup sampai di sini dahulu saya berceloteh kerana jika diikutkan nafsu menulis ini, sampai bermuka-muka surat pun tidak akan ada penghujungnya. Akhir kata dari saya, anda seorang pembaca yang bijak dan pasti anda mampu menilai apa yang anda baca itu sebaiknya.

Sekian.

Dari Pena Penulis,

Comments