Benarkah Cinta Itu Buta?


Assalamualaikum… Seminggu sekali nampaknya blog bernaluri ini dikemaskini. Bukan kerana kebuntuan idea tetapi kerana dibelenggu oleh masalah peribadi (malas). Kalau dulu-dulu rajinnya ya amat sehari mesti terbit satu entri. Kebelakangan ini, nak siapkan seminggu satu entri pun seolah-olah tidak berdaya. Alhamdulillah di malam bahagia ini 'mood' untuk mengarang berada ditampuk cergas dan rasanya sudah lama saya tidak berbicara tentang cinta dalam arena karutan. hahha..

Baiklah kita terus kepada topik besar kita. "Benarkah Cinta Itu Buta?". Pastinya perihal berkaitan cinta tidak mungkin akan menjauh dari lumrah kehidupan insan bernama manusia. Jika direnung secara halus, sedar atau tidak kita sebenarnya dikelilingi oleh "cinta". Kita akan berbicara secara khusus dalam konteks cinta sesama manusia dan aktiviti harian. Cinta membawa maksud kasih sayang yang jelas terhadap individu tanpa mengira pangkat, darjat, rupa paras, warna kulit dan lain-lain yang berkaitan.

Bagaimana boleh tercetusnya fenomena cinta? Ada yang mengatakan bahawa cinta itu buta tetapi dari sudut pandangan saya pula perkara berkaitan cinta ini tidak akan terjadi sekiranya cinta itu adalah bersifat "buta". Kenapa begitu?

Manusia

Kita akan mencintai seseorang individu itu setelah kita melihat keindahan rupa paras dan peribadinya secara umum. Tidak mungkin kita akan mencintai seseorang tanpa faktor-faktor yang khusus sehingga boleh membangkitkan rasa cinta. Apa yang anda nampak kadang-kadang tidak terlihat oleh saya. Hal ini merangkumi aspek luaran dan juga dalaman. Sebagai contoh, mungkin anda melihat saudara Azizan Kadir sangat hensem, tetapi bagi sesetengah yang lain pula melihat beliau memang tak hensem. Ini contoh, bukan bersifat diskriminasi. keh2..

Aktiviti harian

Kita juga bisa jatuh cinta dengan aktiviti harian yang kita lakukan. Contohnya berceloteh di ruangan blog atau mungkin juga berseloroh di lembaran Facebook. Mengapa cinta terhadap aktiviti-aktiviti sebegini boleh berlaku? Saya yakin dan percaya jawapannya adalah kerana kita dapat melihat bahawa dengan melakukan aktiviti berblog atau sebagainya kita boleh menjana pendapatan sampingan dan juga boleh menambah jumlah kenalan maya.

Oleh yang demikian, jelas bahawa sebenarnya "cinta" itu bukanlah buta sebagaimana yang diwar-warkan sejak berjuta kurun lagi. Perihal cinta tidak mungkin terjadi jika pencetusnya tidak dapat melihat keindahan cinta itu dari kacamata mereka sendiri. Cinta bukanlah makhluk yang boleh diberikan sifat. Cuba anda bayangkan jika anda letakkan sifat "gemuk" pada cinta. "Cinta itu gemuk". Bukankah janggal bunyinya. hahhahha..

Anda seorang pembaca yang bijak. Anda mampu menilainya. Sekian.

Dari Pena Penulis,

Comments

suffer8zine said…
setuju bro, cinta mmg buta

Terkini : Telur Ayam Tiruan | Aku VS Nuffnang
Sunah Sakura said…
cinta itu gemuk...ok~ hahaha~
Mario said…
benar bila betul2 dah bercinta...
Unknown said…
cinta perlukan papan tanda, supaya manusia tak terbabas....cinta perlukan peraturan supaya manusia tak dikawal oleh cinta...DAN Manusia boleh jadi buta kerana CINTA...yeah, ingatkah anda si Kassim selamat?
nabil rajalawak said…
..oleh itu cintailah yang maha mencintai


assalamualaikum