Bukan Kisah "April Fool" 2011


Gambar Hiasan
Assalamualaikum...

Membuka lembaran di bulan baru ini dengan celoteh fakta dalam ingatan. Bukan perihal tajuk utama yang ingin diperkatakan, tetapi sekadar mengimbas perkara-perkara yang berlaku di episod yang sudah. Aspirasi dari secebis imbauan kenangan yang mungkin bisa membuka mata minda kita semua untuk menginsafi diri.

Tragedi 11 Mac 2011. Bukan perbualan komuniti terpencil malah seluruh dunia membicarakannya. Mampukah anda membayangkan akan perasaan mereka-mereka yang terdahulu mengalami atau ditimpa kejadian "tsunami" pada 26 Disember 2004? Trauma yang membawa fobia kepada sesetengah insan yang kehilangan ahli keluarga tercinta untuk mendekati dan menikmati keindahan panorama pantai. Pasti sebak jika kita benar-benar menghayatinya. 

Tsunami yang melanda kira-kira 470 km persegi negara Jepun pastinya memberi impak maksima kepada seluruh warga bumi dari aspek sejarah, ekonomi, ekologi, sains, geologi dan sebagainya. Perspektif umum adalah tentang perubahan mukabumi dan geografi secara drastik sehingga mampu merubah ukiran peta dunia. Bandar Kuji dan Ofunato lenyap sehingga tidak boleh lagi digambarkan akan kewujudannya suatu ketika dahulu.

Lebih membimbangkan adalah ancaman kemusnahan beberapa reaktor nuklear yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa secara perlahan pada kadar yang lebih tinggi. Apakah kesan sampingannya bakal melanda negara-negara jiran yang berdekatan? Mungkin "YA" dan kemungkinan juga "TIDAK".

Lain-lain yang hangat diperkatakan semestinya pergolakan di negara Timur Tengah. Mesir dan juga Libya yang membawa kesan perubahan ekonomi serta faktor perkauman yang boleh memusnahkan keindahan rasa mesra dalam ertikata kemanusiaan tanpa mengira rupa, warna kulit, dan bangsa. Penglibatan negara luar berpengaruh dilihat seolah-olah batu api, bukan sebagai medium yang membawa kedamaian. Bagaimana pula pandangan anda?

Anda adalah seorang pembaca yang bijak, anda mampu menilainya. Sekian.

p/s : Juga hangat diperkatakan :

Dunia
1. Kelayakan Piala Dunia 2014
2. Kelayakan Olimpik 2012
3. Kelayakan EURO 2012

Malaysia
1. Maharaja Lawak April 2011
2. Akedemi Fantasia Musim ke-9

Dari Pena Penulis,

Comments

Syuk Ry said…
jozan.. maharaje lawak.. :P
suffer8zine said…
heheh maharaja lawak pun masuk dalam list

Terkini : Apa Itu April Fool?
auctions said…
thanks menarik perkongsian nyer....