Cara-cara memasang Google adsense di dalam entri

Assalamualaikum… Salam kemesraan buat pembaca yang sudi meluangkan masa membaca edisi celoteh karutan saya. Rasa seronok kembali melalui alam blogging bilamana rakan-rakan lama yang menyepi kembali muncul memeriahkan dunia blog. Tambah menyeronokkan lagi apabila kebanyakan rakan-rakan sudah berjaya  memperoleh kepercayaan daripada pihak google (Google adsense) untuk mempamerkan iklan di ruangan blog masing-masing. Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk memohon google adsense dan terlalu sukar untuk menyaingi bloger-bloger barat mempraktikkan permainan kata kunci untuk menambah nilai pendapatan sampingan.

Pada entri yang lalu saya sudah membicarakan tentang cara alternatif untuk memohon google adsense dan juga beberapa tips untuk mengoptimumkan perolehan hasil daripada google adsense ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi secara khusus tentang kaedah yang ternyata berkesan untuk mengoptimumkan google adsense di blog kita. Pada usia nama domain yang baru mencecah satu bulan dan akaun adsense yang baru berusia 22 hari saya rasa berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.



Kelebihan yang ada pada akaun google adsense adalah, paparan analistik yang boleh membantu kita untuk menguruskan serta mengoptimumkan paparan iklan yang mereka sediakan. Dari repot analistik itu dapat dijadikan panduan, saluran mana yang banyak memberi hasil kepada kita. Cuba, cuba, dan terus mencuba untuk mengoptimumkan paparan iklan dari google. Saya yakin kita juga boleh menyaingi blogger dari barat.

Melalui pemerhatian saya, paparan iklan google adsense adalah lebih mendapat perhatian pengunjung jika diletakkan di dalam entri kita. Di awal pemasangan unit iklan dahulu, saya hanya menggunakan kaedah pemasangan tetap yang telah disediakan oleh pihak google sendiri. Ternyata kadar potensi untuk pengunjung klik pada paparan iklan tersebut terlalu rendah. Tetapi setelah membuat pantauan dan rujukan, saya dapati bahawa rata-rata pendapat dari mereka-mereka yang lebih berpengalaman menyatakan bahawa unit iklan yang paling berkesan adalah bersaiz 300 X 250 serta diletakkan di dalam entri.

Saya masih baru dalam dunia blog ini apatah lagi dalam dunia google adsense. Tetapi dengan usaha yang keras saya ingin berkongsi cara untuk memasang paparan iklan google adsense di dalam entri terutama sekali kepada pengguna blogspot. Bagi pengguna wordpress tidak perlu bersusah payah kerana pihak wordpress sudah menyediakan plug-in khusus.

Cara-cara memasang Google adsense di dalam entri (blogspot) : [Pastikan anda simpan kod template asal terlebih dahulu] [Perhatian: Kod templat kadang-kadang tidak semuanya sama kerana faktor kemaskini oleh pihak google]

1. Pertama sekali anda perlu menetapkan paparan iklan yang sudah disediakan oleh pihak google di templat blogspot.

Design > Page Element > Blog Post > Edit > Save

Rujuk imej di bawah :
Klik untuk paparan

2. Seterusnya edit HTML. Pastikan anda klik pada kotak "Expand Widget Template". Cari kod seperti di bawah dan padamkan:



3. Cari kod seperti tertera di bawah :



4. Tampalkan kod di bawah selepas kod yang anda cari tadi. Pastikan saiz unit iklan yang ingin anda gunakan sama dengan unit iklan pada kod ini.




Atau jika kod di langkah 3 tidak ada, anda cuba cari kod : [Kebanyakan templat baru sudah diubahsuai oleh pihak google sendiri]



dan tampalkan kod yang telah di edit sebelum kod ini.



5. Setelah anda pasti dengan langkah-langkah di atas, simpan (save) templat yang sudah diubah. Lihat hasilnya.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments

Mario said…
ok...nanti aku coba...thanks bro...ekeke
APi said…
hoho..
bila la aku boleh macam hang..