Penyingkiran Peserta Maharaja Lawak Minggu Ketiga (3)


Assalamualaikum… Salam ukhuwah dalam keceriaan hilai tawa. Setelah memasuki minggu ketiga Maharaja Lawak bersiaran, pada malam ini penyingkiran peserta pertama dilakukan. Setiap peserta bergelut setiap minggu mencipta idea untuk menghiburkan penonton secara umumnya dan untuk menambat hati para juri khususnya agar tidak diundi keluar.

Persembahan para peserta dapat ditonton melalui dua saluran Astro iaitu Prima dan Warna. Namun pada minggu ketiga ini, persembahan secara langsung hanya ditayangkan di astro Warna sahaja. Mungkin ini sedikit sebanyak agak mengecewakan segelintir golongan peminat yang tidak melanggan saluran Astro Warna.


Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, pengumuman peserta yang tersingkir untuk minggu lepas akan diumumkan pada malam persembahan minggu ketiga ini. Segalanya telah diputuskan oleh para pengundi dan para juri bahawa dua peserta terpaksa mengundurkan diri dari pentas pertandingan pada minggu ini. Dua peserta yang tersingkir adalah kumpulan WAI dan juga kumpulan XN3

Pada minggu ini dapat dilihat peningkatan dan penurunan dari segi mutu jenaka yang ditampilkan oleh setiap peserta yang meneruskan cabaran. Tetapi segala keputusan adalah muktamad kerana begitulah adat dalam setiap resam pertandingan akan ada yang terpaksa berundur. 

Bertemakan "Muzikal Komedi" setiap peserta dikehendaki menampilkan kreativiti lawak jenaka dalam persembahan berbentuk iringan muzik dan susunan lirik berunsur jenaka. Yang lebih menarik dalam pementasan secara langsung kali ini adalah, penonton dapat melihat sendiri para juri menonjolkan bakat terpendam secara profesional demi menyahut cabaran dari kumpulan Sepah.

Ada suka dan ada duka. Itulah hakikatnya yang harus ditelan oleh setiap peserta Maharaja lawak. Seperti biasa di hujung rancangan para peserta yang mendapat undian paling rendah akan dipanggil naik ke atas pentas. Tiga peserta yang meraih undian terendah adalah Amir, Jihan dan kumpulan R2.

Pengumuman peserta yang tersingkir dilakukan oleh Saiful Apek. Dan keputusan mengejutkan diumumkan oleh beliau iaitu penyingkiran kumpulan R2 dari meneruskan cabaran untuk pementasan pertandingan Maharaja lawak pada minggu yang ke-empat. Setiap keputusan yang dibuat adalah muktamad. Anda penonton yang bijak, anda mampu menilainya. 

Comments

APi said…
keyword baik punye..
Anonymous said…
hidup r2
Farahin Esa said…
ade pulak org keratong kat sini..beta dlu pon keratong juge...... =P
hOhOhO!!
Unknown said…
sayang r2 terkeluar .. mungkin minggu ni tak ramai peminat r2 yg leh tgk dorang show kot sebab da siar kat astro warna je ..
suffer8zine said…
wahhh x pe, yg lain masih ada

Terkini Kucing Lahirkan Anak Anjing
Mario said…
autoblogcomment...ekeke

takde ke?
Esempoi said…
kebetulan, minggu ni r2 tak berapa best.. kena komen teruk dari juri lak tu.. takpela bukan rezeki diorang..