Empat Peserta Separuh Akhir Mentor 5 Bakal Beraksi

Mentor musim ke-5 kian hampir ke kemuncaknya. Empat peserta bakal beradu keupayaan vokal dan gaya persembahan pentas pada malam separuh akhir Mentor 5. Ternyata program realiti terbitan TV3 ini telah melahirkan bintang-bintang seni suara yang berbakat besar antaranya ialah Fiq, Black dan Adi.

Pada 15 May 2011, bakal menemukan dua peserta yang layak dari setiap kumpulan untuk beraksi di pentas separuh akhir. Selain daripada itu, kemeriahan pentas Mentor bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran seorang penyanyi yang sememangnya terkenal iaitu Marcell. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peserta pilihan hati anda beraksi dengan mutu dan gaya persembahan melalui bimbingan mentor-mentor yang berpengalaman. Semestinya orang yang bakal menjadi tumpuan adalah juri profesional yang penuh dengan kiasan kata pedas, Datuk Ramli MS dan juga terjahan berbisa dari Nas Ahmad.

Senarai peserta yang layak ke peringkat separuh akhir Mentor 5.

IQA
Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Umur : 25
Asal : Johor Bharu

RATNAH
Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal

SHIHA
Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Umur : 24
Asal : Pulau Pinang

SALMA
Mentor : Erra Fazira 
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Umur : 21
Asal: Tawau, Sabah

Comments

cikgu fiQ said…
knp semua pompuan,,,,,
ishk2,,,
nway,,
bw here
usha la baLIk
http://simpleasfiq.blogspot.com/
kaLu sudi foLLow la ye?
guest said…
ehem ehem

bw here
usha la baLIk

kaLu sudi foLLow la ye?
dayah said…
mak kata salmah power