Siapa Benar? Anwar atau Eskay?



Assalamualaikum… Bagi anda yang mengikuti kes tuduhan yang bertali arus dihadapi oleh seorang pemimpin yang dikenali bukan sahaja di dalam negara malahan negara-negara luar juga mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim. Dari sorotan kes tuduhan "Liwat 1", "Liwat 2" dan terkini isu pendedahan video rakaman seks berjudul "Papa Nurul Izzah 1 & 2". Apa yang menarik minat saya untuk menulis tentang perihal ini adalah, pelbagai andaian umum dapat dilihat dan saya sebagai seorang penulis kerdil ingin juga berkongsi luahan.


Walaupun saya bukannya seorang yang aktif berpolitik tetapi secara umumnya saya juga terlibat dalam kancah ini selagi saya memegang taraf kerakyatan Malaysia. Saya melihat pergolakan politik yang berlaku di negara saya ini dengan sikap terbuka tanpa memihak mana-mana parti memerintah. Dalam ertikata lain, penilaian yang saya ungkapkan ini lahir dari lubuk hati melalui pembacaan yang berunsurkan fakta. Saya menulis dengan nilai logik dan bukan mengikut emosi.

Dari perspektif umum, saya tertarik untuk berkongsi beberapa petikan dari kalangan rakyat tentang segala pertuduhan yang dihadapi oleh DSAI. Yang pertama mengenai komen umum di laman sosial paling popular di dunia iaitu Facebook.

"Saya tidak mengatakan Anwar adalah betul 100% ye, sebab hanya yang Maha pincipta dunia ini saja tahu jawapannya, cuma bagi pandangan saya pada kebiasaanya orang yang melakukan kesalahan besar, dia akan takut dengan syak wasangka orang ramai dan sudah pasti dia akan segera bersumpah untuk menutupi kesalahannya pada kacamata dunia, lebih-lebih lagi macam DSAI yang terkenal diseluruh dunia."

Anwar membuat sesuatu mengikut hukum islam dan pandangan Ulama yang Arif dalam perkara ini. Bayangkan dari Liwat1, Liwat2 dan sekarang seks, sudah ada ramai orang lain bersumpah untuk mengaibkan beliau, tapi tidak sedikit pun menjejaskan pengaruh orang ramai untuk membencinya. - Hanya Allah yang maha mengetahuinya segalanya. :)"

Sumber: Malaysia kini

Pada 29 April 2011, satu lagi upacara "sumpah laknat" telah berlaku di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Datuk Trio yang mengaku mendedahkan paparan rakaman video seks yang dikatakan pelakunya adalah DSAI nampaknya dengan penuh keberanian mengangkat sumpah di rumah Allah. Namun begitu baru-baru ini lain pula yang dapat kita baca dari pelbagai artikel berhubung isu video seks ini. Nampaknya perkara sumpah laknat sudah menjadi kebiasaan di kalangan penggiat politik di negara ini.


Datuk Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Dalam perkara ini kita masih ragu-ragu untuk memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah. Pelbagai andaian boleh dirancang malahan boleh dilaksanakan dalam kancah permainan politik dewasa ini. Anda sebagai rakyat yang prihatin dan bijak, anda mampu menilainya. 'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments

All Thing Viral said…
rakyat bosan,tu mampu ku kata
wachak said…
x kata salah ( sebab banyak sangat percanggahan kenyataan yg dikeluarkan sk sebelum sumpah dan semasa sumpah ). kalau kata lagi salah ( x tengok pun semasa kejadian ). perhatikan jer lah lepas ni nk jadi apa.
rabunmerah said…
sewel ker apa...kalau dia tak tuduh anwar berzina, buat apa dia buat sumpah laknat tu?

dah kene laknat lah tu..bodoh semacam jo....
MDHAFiZ.NET said…
nak bersumpah pun x reti..