Tips: Perkara Asas SEO Bagi Sesebuah Blog

Assalamualaikum… Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya masih mampu saya berinspirasi di ruangan maya berpaksikan jaringan internet ini. Blog Naluri-ini adalah tempat untuk saya berceloteh melalui luahan isi hati yang tulus dalam edisi karutan. Jika diperiksa tahap populariti blog ini, saya sebenarnya tidak layak untuk membicarakan soal SEO apatah lagi mengemukakan tips tentang dunia blog. Tapi pepatah barat ada mengatakan "Don't judge a book by its cover." Renungkan…

Berbalik kepada topik utama yang ingin saya kupas di sini, berkenaan tips tentang beberapa unsur SEO yang secara umumnya merupakan perkara paling asas tetapi kurang mendapat perhatian. Dewasa ini kebanyakan blogger lebih mementingkan soal kata kunci bagi menjana trafik yang organik. Bagi blogger yang sudah bergelar "otai" dalam mengharungi dunia blog pastinya  mereka lebih peka akan perihal ini.

Menjana Trafik

Tujuan paling utama adalah kerana faktor pendapatan sampingan. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana ternyata jelas pada dasar logiknya. Pada awalnya mungkin hanya pendapatan sampingan tetapi lama-kelamaan menjadi unsur yang diberi perhatian kerana mampu menjana perolehan yang menjangkau angka ribuan ringgit setiap bulan. Maka dengan ini tidak hairanlah bahawasanya ada yang menjadikan medium blog sebagai pekerjaan tetap. Caranya adalah dengan memaparkan iklan di ruang-ruang tertentu bagi tujuan promosi dan segalanya berbayar pada kadar yang ditetapkan.

SEO (Search Engine Optimization)

1. Pautan / url / nama domain
  • Pada peringkat awal penerbitan sesebuah blog, perkara utama yang disarankan serta wajib dipenuhi adalah memilih pautan url. Kepentingan faktor "url" sebenarnya memberi impak khusus terhadap saringan SEO sesebuah blog itu. Akan tetapi, perihal pemilihan nama domain yang khusus tidak semestinya sama dengan genre penulisan yang ingin disampaikan tetapi biarlah sebuah nama yang unik. Jika dilihat pada saranan yang terlampir di dalam mana-mana buku atau bahan bacaan berkaitan "url", rata-rata pendapat menyuruh agar memilih pautan yang ringkas agar lebih mudah diingati. Perkara ini akan berhubung kait dengan beberapa faktor lain yang akan diperbincangkan nanti.

2. Tajuk 
  • Pemilihan tajuk yang bersesuaian dengan tema penulisan atau bahan terbitan. Kebanyakan blogger lebih gemar menggunakan nama sendiri bagi penerbitan bahan penulisan yang berbentuk luahan atau coretan peribadi. Namun begitu, bagi mereka yang membina blog kerana tujuan tertentu yang tertakluk pada tema penyampaian yang khusus, pemilihan nama blog adalah amat berkepentingan bagi menarik perhatian pengunjung atau pembaca. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk membina laman blog berteraskan muzik adalah lebih baik jika tajuk yang diwar-warkan adalah bersangkut-paut dengan aliran muzik.

3. Deskripsi Blog
  • Bagi sesetengah sistem carian enjin, deskripsi sesebuah blog itu juga menjadi faktor yang penting sebagai saluran untuk robot yang dipanggil "crawler" mentafsirkan serta mengindeks butirannya. Pengaplikasian atau pemilihan deskripsi yang bersesuaian dengan tema blog dapat membantu "spider" yang memasuki jaringan blog untuk mengklasifikasikannya pada saluran yang khusus. Sama seperti "tajuk" blog, perkaitan antara keduanya adalah merupakan faktor yang boleh mengoptimumkan sistem carian pada kadar yang lebih khusus. Deskripsi juga membantu pembaca yang singgah memahami serta lebih cenderung untuk menandakan (bookmark) pada laman blog yang mereka rasa berkepentingan.

Kesimpulan

Tersenarai di atas adalah beberapa aspek atau nilai yang paling utama perlu dititik-beratkan dalam menjamin keserasian SEO. Pelbagai kaedah lagi berkaitan SEO jika ingin dibincangkan termasuklah permainan kata kunci tertentu, meta tag dan sebagainya lagi. Kepada anda yang masih baru mengenali dunia blog, langkah-langkah yang disarankan di atas merupakan faktor utama serta penting bagi mengoptimumkan blog anda dalam jaringan internet. 

Bagi mereka yang ingin berkongsi kaedah mengoptimumkan paparan adsense dan nilai perolehannya bolehlah ke pautan ini. Semoga bertemu di lain lembaran dalam edisi SEO dan blog. Insya-Allah.

Sekian.

Dari pena penulis,
yusenze

Comments

~~su manje~~~ said…
adsense dh disabble acct su...
x de samangat dah....
yusenze said…
Su, kenapa sampai kene ban pulak ni?? hmm.. ade fraud klik ke??