Tips Perkara Asas SEO - Templat yang Mesra

Assalamualaikum… Nampaknya keinginan dan kesungguhan untuk menyusun kata semakin membuak-buak. Sekian lama saya tidak meluangkan masa menaip karangan-karangan panjang di ruang blog ini menjadikan diri semakin malas untuk terus berinspirasi. Alhamdulillah, semangat menulis seperti dulu-dulu datang kembali. Jika terus dibiarkan setiap hasil garapan ini menghuni dan memenuhi ruangan draft, terasa semakin malas untuk menulis artikel yang lain.

Maafkan saya kerana sepatutnya tips ini berada dalam episod kedua slot SEO dan blogger. Tetapi masih boleh dimanfaatkan lagi walaupun langkah ini sebenarnya begitu penting bagi mengoptimumkan blog. Sebelum saya terlupa ingin saya nyatakan di sini bahawa setiap butiran atau bahan dalam kategori SEO ini adalah sebagai pembakar semangat kepada pengguna blogspot tetapi mungkin ada sesetengahnya berguna juga bagi pengguna wordpress (self hosted). Bagi anda yang menggunakan perantara percuma  yang berteraskan sistem pelayan google (blogspot) ini janganlah rasa tergugat dengan pengguna wordpress (self hosted). Bagi mereka yang arif pastinya mereka sedar bahawa penggunaan wordpress kebanyakannya dibantu oleh plugin-plugin istimewa dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk membaca semula tips asas sebegini. Saya juga pengguna wordpress, oleh itu saya tahu akan kelebihan dan kekurangannya.

Faktor Pemilihan Templat

1. Templat Mesra Pengguna

Sebenarnya perkara ini telah berulang kali diungkapkan oleh kebanyakan blogger berpengalaman tetapi masih tidak mendapat respon yang positif. Isu yang seringkali dibangkitkan tentang pemilihan templat adalah tentang hiasan yang melampaui isi kandungan blog. Panorama dan juga paparan halaman blog yang terhias indah tetapi terlalu perlahan melalui proses "loading". Dari aspek SEO, header adalah sumber utama bagi robot sistem carian internet mengindeks sesebuah blog itu. Oleh itu disarankan agar anda meminimumkan hiasan di ruangan ini. Ditambah pula dengan faktor widget yang tiada kepentingan sehingga membuatkan pengunjung yang datang lebih cenderung untuk mengelik butang pangkah. Lebih menjengkelkan adalah pemain muzik automatik

Anda perlu peka bahawa bukan semua orang mempunyai minat yang sama dengan anda. Penggunaan widget sebegini sebenarnya akan menambah beratkan lagi laman blog anda. Harus diingat, tujuan pembinaan blog adalah untuk tatapan pembaca dan bukan sekadar untuk tatapan peribadi.


2. Templat Mesra Iklan

Di awal penglibatan saya dahulu, saya tidak pernah terfikir untuk memperaktikkan atau memilih templat yang mesra iklan. Saya lebih mengutamakan soal design sehingga mengabaikan keserasian paparan iklan di blog saya. Ada pelbagai jenis saluran pengiklan yang menawarkan bayaran sekiranya pemilik blog / laman web mempamerkan iklan mereka. Paling mudah dan popular semestinya nuffnang. Tetapi semakin lama semakin merudum potensi nuffnang setelah ramai blogger yang sedar bahawa ada pengiklan lain yang menawarkan suatu faedah yang lebih istimewa.

Tips pemilihan templat ini seringkali dipraktikkan oleh para blogger dari barat yang mempamerkan iklan dari google adsense. Saya pasti kebanyakan daripada blogger tempatan juga peka akan perihal ini. Aplikasi adsense ternyata amat berbeza dengan aplikasi-aplikasi pengiklan yang lain. Tatacara penggunaannya lebih mementingkan soal mengoptimumkan paparan iklan agar lebih mesra pengguna. Untuk maklumat atau beberapa tips tentang adsense sila ke pautan ini.

Kesimpulan

Pemilihan templat sebenarnya mempengaruhi SEO sesebuah blog tetapi kurang mendapat perhatian yang meluas kerana sudah menjadi lumrah manusia itu lebih mementingkan kecantikan luaran daripada kualiti dalaman. Penggunaan sesuatu widget juga memainkan peranan penting untuk memperbaiki SEO bagi sesebuah blog. Anda adalah blogger yang bijak, anda mampu memilih mana yang terbaik.

Insya-Alah jika ada ruang waktu yang selesa untuk saya berinspirasi, pasti akan saya kemukakan beberapa faktor lagi tentang perkara asas SEO. Ada beberapa lagi perkara asas yang seringkali disalahguna oleh blogger. Antaranya adalah penggunaan skrip meta tag yang memberi faedah dan yang tidak ada sebarang fungsi langsung terhadap pengaruh SEO sesebuah blog.

Sekian.

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments

APi said…
template aku macam mana yus?
yusenze said…
aku pernah tegur dulu.. terpulang pada ko la nak bertindak macamana.. ;)
~~su manje~~~ said…
nak beli domain la bro.....
tak tau cam ner leh tunjuk ajar tak.....