Wuuhuu Online - Komik Maya (E-Komik) Berbahasa Melayu



Assalamualaikum… Portal maya yang berteraskan internet sememangnya menjadi kemudahan kepada semua pengguna yang ingin mencari maklumat, mengisi masa terluang, dan menjadikan sumber kewangan. Terkini, pengenalan komik alaf baru dengan aplikasi yang mudah serta paparan yang jelas telah diperkenalkan dan diterbitkan sebagai mengisi ruang waktu pengguna internet.

Portal e-Komik berbahasa melayu yang berteraskan cetakan digital ini sebenarnya memberi impak yang baik terhadap alam sekitar walaupun pada kadar yang sedikit. Pendekatan pihak Netxpert Sdn. Bhd. untuk membangunkan portal sebegini seharusnya  dilihat sebagai suatu usaha dalam memartabatkan seni lukis dalam bentuk kartun yang berunsurkan humor. 


Wuuhuuonline.com mengetengahkan hasil seni daripada para kartunis dari Malaysia dan juga Indonesia. E-Komik yang diterbitkan berkonsepkan majalah berbentuk digital yang bukan sahaja memudahkan pengguna untuk membaca malahan membenarkan juga pengguna untuk memuat turun hasil terbitan yang diterbitkan dalam pelbagai edisi. Pengguna boleh memilih untuk paparan yang dikehendaki sama ada resolusi tinggi (sambungan internet laju) dan juga resolusi rendah (bagi sambungan internet perlahan.

Kepada anda yang gemar meluangkan masa menatap dan membaca komik, wuuhuuonline.com sangat sesuai dijadikan portal pilihan untuk anda singgah membaca. Cukup sampai di sini celoteh saya, kini masanya untuk saya menyambung bacaan komik saya. hahha..

Sekian.

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments