Beban Rindu Pada Yang Tak Sudi

Assalamualaikum… Kita akan merindui sesuatu yang sudah tiada, kita akan mengelak dari merindui sesuatu yang telah ditinggalkan. Edisi karutan mengisi ruang penulisan kali ini kerana saya merindui detik dan ketika saya tersenyum ketika menulis artikel untuk diterbitkan. Begitulah lumrahnya, melekat dalam mentaliti manusia yang tidak akan merindui sesuatu yang berada di depan mata.

Objektif yang kita miliki dalam mentafsir erti rindu itu sendiri memberi gambaran yang subjektif. Elemen rindu mendedahkan bahawa kehilangan sesuatu yang disayangi itu membawa pengertian indah dalam konteks kenangan tetapi membawa sejuta keperitan jika dinilai dari sudut perasaan. Oleh itu hargailah sebuah kenangan kerana ia suatu kebetulan. Penzahiran tidak mungkin sama dengan apa yang terpendam di sudut kebatinan. Perspektif "rindu" mungkin boleh diungkapkan namun tidak dapat digambarkan dengan jelas.

Rindu Pada Seseorang

Ada sesetengah perkara itu akan dirindui kerana kenikmatan mengalami perasaan indah menghadapi dan memilikinya. Sebagai contoh memori indah pengalaman cinta dulu-dulu yang kini sekadar bersarang di ruang kenangan. Jika direnung kembali pasti bibit-bibit senyum sendiri akan menggamit tetapi apakan daya, mungkin kepasrahan kepada ketentuan yang Maha Kuasa dalam menentukan perihal jodoh dan ajal menjadikan kita tabah menghadapinya. Jika ditanya apakah perasaan yang melanda di sudut hati pada saat melihat si dia bahagia bersama jodohnya kini, jawapan yang mungkin terpacul hanyalah "gembira".

Rindu Pada Bingkisan Kenangan

Kerinduan yang paling ketara adalah saat melalui usia remaja. Ketika melalui zaman kegemilangan menempuh alam persekolahan semestinya membawa sejuta keindahan. Tambahan pula bagi mereka yang melalui kehidupan berdikari di asrama penuh yang sememangnya "penuh" dengan pengalaman. Mungkin indah, perit, seram dan sebagainya lagi. Sesetengah perkara yang dipanggil peristiwa itu memberi impak dalam diri insan yang menempuhnya. Balasan kenakalan yang pernah diterima mungkin menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati dan peka dalam melakukan sebarang kegiatan yang tidak munasabah. Melalui alam dewasa ternyata singkat jika dibandingkan dengan menikmati alam remaja yang tidak dibebani tanggungjawab sebenar.

Kesimpulan

Rindu itu adalah suatu keindahan dalam kenikmatan yang dialami oleh manusia dalam mengekspresikan memori. Mengenang perkara yang sudah berlalu pergi adalah cara terbaik untuk kita menilai kesilapan berulang. Walau seperit mana sekalipun kenangan itu, ianya tetap akan menjadi medan pengembaraan yang menghantui. Walaupun pepatah mengatakan "barang yang lepas jangan dikenang", tetapi pada pendapat saya maknanya adalah supaya kita menginsafi kesilapan yang lalu agar tidak berulang kembali.

Anda adalah pembaca yang bijak, anda mampu menilai kerinduan yang anda alami. Sekian.

p/s : Apalah gunanya rindu menghuni di dalam hati jika hati itu sendiri tidak mahu menghargai rindu.

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments

wachak said…
n3 mcam perli chaon jerk ... ha33



selamat ber rindu rinduan mr chaon. yus jeles tu ... wakakaka
yusenze said…
tu la chak, aku klu buat entri karutan mesti kene kat chaon sikit2.. kekekke...
Chaon Cornerz said…
i mish u.. ekeke.. patut la lain macam ja tengok.. aku rasa ko ngan rio saling merindu la.. same je ngan entri dia.. hahha..
Dayat said…
tetiba rindu kat seseorang
yusenze said…
Eh.. chaon!! kekekke.. alamak!!! kantoi ngumpat..
mish u too.. rindu rio weh.. xnak bersosial ngan kita dah.. hahha..
yusenze said…
Dayat, jgn main rindu2.. main2 rindu xpe.. hahha..
Mario said…
errr...ngumpat nmpk...
RerameUngu said…
tetiba rindu ngan suasana/kenangan dulu2 di YS dan awal berblog..huhuhu