Assalamualaikum… Dua entri pembukaan lembaran baru di bulan Jun 2011 dimulakan dengan edisi karutan yang sememangnya menjadi kategori kegemaran saya. Saya bukanlah ingin mengupas secara terperinci tentang pengenalan kepada seks dan dara yang menjadi tajuk entri pada kali ini. Apa yang ingin saya sentuh hanyalah sekadar luahan melalui perspektif sendiri dari ilham karutan. Jika anda ingin mengetahui kaedah mengenali keperawanan atau dara, anda boleh cari info berkaitan melalui saluran enjin carian internet.
Bila merenung topik di atas, terlintas di fikiran saya akan sebuah nukilan popular seorang rakan yang bernama Azizan Kadir. Antara entri kegemaran yang menjadi igauan para pelayar internet. Nanti dulu! Jangan membuat tanggapan yang negatif. Saya menilai entri ini dari sudut permainan SEO. Manipulasi terhadap penggunaan kata kunci yang nampaknya terus mekar popular sejak dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila. Kata kunci seperti 'video seks 3gp', 'mengenal dara', 'pengakuan seks' dan bermacam lagi yang seangkatan dengannya seakan menjadi trend dalam enjin carian internet.
Yang Positif
Kata kunci sebegini sememangnya sentiasa panas dan keupayaannya dalam menjana trafik berterusan ke blog adalah sangat tinggi. Tetapi biarlah pengisiannya lebih ke arah yang membina sahsiah keinsanan dan bukan mendorong ke arah mengikuti hawa nafsu. Pembelajaran ilmu tentang seks adalah perlu mengikut kesesuaian usia dan kematangan.
Yang Negatif
Permainan kata kunci yang menggunakan tajuk sebegini nampaknya semakin menular sehingga meracuni pemikiran golongan remaja bawah umur. Penerapan nilai harga diri seolah-olah hanya bicara yang menghuni di pinggir bibir sahaja. Keberanian mengatasi sifat malu dalam konteks menjaga maruah diri. Ruang blog seolah-olah menjadi teman luahan isi hati membuka pekung di dada tanpa memikirkan kesan di masa mendatang. Peringatan, penerbitan bahan di blog adalah bersifat "global".
Blogger dan Blog
Hembusan bahang kata kunci sebegini sememangnya bermusim. Apa yang menarik, kebelakangan ini semakin ramai yang berminat menggunakan kata kunci yang melibatkan soal dara dan seks. Apakah tujuan sebenar penggunaan tajuk besar sebegini?
1. Menarik perhatian pembaca
2. Memang benar-benar fakta pembelajaran
3. Luahan tekanan penulis blog itu sendiri
Sebelum tersimpul rapi adalah lebih baik jika kita uraikan dahulu segala baik buruk akan penggunaan daftar kata yang melibatkan soal sensitiviti sebegini. Apa yang cuba saya sampaikan adalah, jika para blogger sekalian ingin bermain dengan pendekatan SEO biarlah anda benar-benar pasti akan keupayaannya. Saya bukan menegur, bukan memberi nasihat tetapi sekadar menampakkan sesuatu yang mungkin kita sama-sama terlepas pandang.
Anda adalah golongan pembaca dan penulis yang bijak, anda pasti mampu menilai setiap pengisian yang cuba disampaikan.
Sekian.
p/s : keywords hari ini 'seks dan dara'
p/s : keywords hari ini 'seks dan dara'
Dari pena penulis,
yusenze
Comments
saya setuju dgn anda.kadang2 penulisan blog ini dibuat menggunakan keywords yg bagi kebanyakan org agak lucah dek minat orang kita sesetengahnya kepada carian sebegini.dan keywords ini sangat membantu menarik trafik ke blog mereka.
Saya dulu ada buat macam ni, saya dah delete post tu dan remove URL. Dari post tu saja saya dapat 200UV per day tapi 98% bounce rate.
tapi bukan kat blog SBC ni.
Tujuan mereka hanya satu, trafik ke laman web mereka.
Tetapi, mereka tidak sedar bahawa, trafik sebegitu tidak akan kekal lama dan tidak bekualiti. Apabila tidak berkualiti, sudah tentu mereka tidak akan berjaya menjana keuntungan.
Lagi bagus target keyword yang spesifik dan jana trafik berkualiti.
Just my 2 cent :)
perlu ke nak main keyword2 yg berunsur lucah dalam menarik trafik? sudanya nnt blog digelar blog lucah..walaupun takda isi berunsur lucah tajuk tu dah cukup utk melabelkan..