Bicara Cinta : Naluri Ini Belajar Bercinta

Assalamualaikum… Entri buat sekian kalinya ini adalah cetusan idea dalam kategori Bicara Cinta. Bercinta itu adalah kehendak rohani yang akan dirasai oleh semua manusia yang normal. Jika tiada sebarang rasa cinta dalam diri seorang yang bernama manusia itu maka boleh dikategorikan dalam kumpulan tidak siuman.  Dalam alam percintaan terdapat pelbagai resam yang diwarisi sejak dari zaman Adam dan Hawa lagi. Termaktub di dalam istilah percintaan itu sendiri sememangnya ia merupakan gelodak jiwa yang dipanggil perasaan.

Jika dihalusi, cinta itu sebenarnya memberi gambaran tentang peribadi kita sendiri. Cinta menguji tentang erti kesabaran, kekuatan kasih sayang, rasa cemburu, kepercayaan, keikhlasan, emosi dan kebijaksanaan. Melalui fasa percintaan akan lebih mematangkan diri individu itu sendiri. Melalui gambaran yang ditonjolkan oleh pasangan, kita bisa juga mengenal peribadi sendiri.

Memikat hati seseorang yang disukai adalah terlalu sukar untuk praktikkan mengikut teori. Kebiasaannya cinta itu akan hadir tanpa diduga dan dipaksa. Cinta itu berdiri atas beberapa dasar yang munasabah dan relevan. Antaranya adalah :

1. Paras rupa fizikal - Seringkali dikaitkan dalam mencari pasangan, faktor paras rupa menjadi keutamaan. Tidak mengira jantina aspek pemilihan paras rupa sudah menjadi kelaziman dalam pencarian. Walaubagaimanapun tidak semua orang terlalu memilih faktor ini atas dasar cinta yang kedua dan ketiga.

2. Pangkat dan harta - Antara elemen yang menjadi perspektif utama adalah pangkat dan harta. Saya bukan membicarakan tentang kekayaan sebaliknya adalah keupayaan dalam memikul tanggungjawab untuk terus bercinta. Dalam ertikata lain, mempunyai kerjaya tetap serta mampu menjana kewangan yang kukuh. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada juga yang memandang kedudukan dan juga kekayaan. Secara tidak langsung faktor ini boleh mengenepikan faktor yang pertama.

3. Keperibadian / Personaliti diri - Merupakan biasan yang tidak terlihat secara jelas tetapi perlu diamati dengan pemerhatian yang khusus. Mengenal hati budi antara pasangan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana setiap insan itu punya peel masing-masing. Seseorang itu perlukan waktu untuk mendalami serta memahami peribadi pasangannya. Walau dari gambaran luaran (paras rupa) tidaklah seperti yang diangankan tetapi faktor ini masih mampu menarik hati individu tertentu dalam menilai erti cinta sebenar.

Lazimnya percintaan yang terjadi secara tiba-tiba dikatakan sebagai cinta pandang pertama. Pelbagai istilah percintaan tercatat di dalam kamus kehidupan. Cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta buta, cinta tiga segi dan pelbagai istilah lagi yang berkaitan. Sebenarnya, sebelum seseorang individu itu terus terjerumus dalam alam percintaan seharusnya difikir dan direnungkan tentang kebolehan diri dalam menangani isu cinta. Cinta itu penuh dengan dugaan yang tidak dirancang. Cinta juga bakal melalui beberapa fasa dalam revolusi.

Anda adalah pencinta yang bijak, saya pasti anda dapat menilai erti cinta sebenar. Sekian.

p/s : Mencintai dan dicintai adalah dua elemen emosi yang berbeza. Menilai cinta sejati bukanlah sekadar atas dasar kehendak hati tetapi juga bersandarkan keupayaan cinta itu untuk bertahan selamanya.

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

APi said…
jadi seorang pencinta pun kena bijak eh?
shamyheart said…
cinta, semua orang ada naluri tu..

sama ada kuat atau terpesong, diri sendiri yg pandu =)
Elie Lily said…
cinta..sangat subjektif! ;)
Atiqah Wadiah said…
single lg bez..siyes :(
Asfz said…
love..love..love...

sje translate kan...ekeke