Menghargai Yang Pasti, Melupakan Impian.

Assalamualaikum… Salam pertemuan di dunia maya tanpa sempadan. Hari ini saya kebuntuan idea untuk berkongsi tentang suatu fakta maka edisi coretan dalam kategori Karutan menjadi pilihan. Meniti waktu dan menghitung hari menanti ketibaan Syawal nampaknya akal sudah kurang fokus terhadap bahan pengisian di blog. Teringat kampung halaman dan yang paling penting terkenang ahli keluarga yang amat dirindui. 

Dalam merealisasikan sebuah impian, pasti ada sesuatu yang harus dikorbankan. Ini adalah tuntutan yang tidak dapat dielak walau kita cuba untuk mempertahankannya. Mungkin benar kata bidalan "patah tumbuh, hilang berganti" namun kesukaran untuk melepaskan sesuatu itu kadangkala meresap sehingga membantutkan tujuan sebenar. Itulah lumrah yang tersemat di mentaliti setiap manusia lazimnya. Kadang-kadang impian itu perlu dilupakan demi sesuatu yang lebih bermakna.

Impian itu adalah kehendak yang dihajati dan disemai dalam diri menjadi suatu pegangan. Kegagalan adalah jawapan bagi sebuah kealpaan. Ada ketika kita terlupa akan sesuatu yang amat bernilai kerana mengejar sesuatu yang belum pasti dimiliki. Kadangkala kita tidak endahkan sesuatu yang paling hampir dengan kita. Sehingga suatu hari baru kita tersedar dan menyesal kerana telah melepaskan sesuatu yang pasti tetapi tidak pernah dipeduli.

Keterujaan mengejar impian telah mengaburi mata hati dan akal untuk menghargai. Iya , kita telah mengorbankan sesuatu yang pernah kita bergantung harap. Ibarat sebatang pen mata bola, setelah habis dakwatnya kita campakkan tanpa rasa sedih walau sedikit pun. Itulah dia yang sebenarnya tertanam di bawah rimbunan kebijaksanaan. Kita tidak pernah hiraukan perkara sekecil kuman bilamana habuan sebesar gajah berada di hadapan mata. Kita yang memilih, kita yang memutuskan pilihan itu.

Ini cuma nukilan sindiran. Bukan halusinasi, bukan ilusi tapi kebenaran. Kita adalah insan yang bijak, kita mampu menilai harga sebutir intan dalan ribuan serpihan kaca. Sekian

p/s : Genius is the ability to reduce the comlicated to the simple.

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

Asfz said…
wah! best seh cara penulisan...keep it up..

yep,kita mampu menilai harga sebutir intan dalam ribuan serpihan kaca malangnya kita selalu tersalah pilih antara intan dan kaca..


erk..btol kew?? maap klw salah =)
Idzanfashila said…
nice entry. motivasi yg baik.

dlm nk mengejar ssuatu yg besar, pengorbanan amat d prlukan dngan m'lpskn ssuatu yg kcil~