Misteri Hidup Seorang Blogger Tampal-tampal


Assalamualaikum… Mari bermain dengan sisipan kata-kata bersulam ramuan menusuk kalbu. Krisis kekeliruan identiti rupawan seorang blogger. Di mana letaknya nilai rupawan itu jika diri tidak mampu mengutamakan kualiti persembahan. Renjis-renjis air ke muka agar sedar dan segar dalam berimaginasi di ruang gagasan blog ini. Corat-coret yang dipaparkan melalui medium ini mampu memberi gambaran tentang resolusi dalam menentukan hala tuju dan penjenamaan yang mudah dikenang. Dalam ertikata indah membina identiti blog yang tersendiri.

Toleh ke kiri dan kanan. Terpa paparan biasan yang terpantul di cermin satah. Aku adalah aku, dengan personaliti sebenar yang dirahsiakan. Aku di sini bukan ikut-ikutan. Walaupun sebenarnya lebih mudah meniru lagak gaya orang yang sudah mahsyur. Jalan pintas yang tidak ke mana-mana. Terperangkap di ruangan emosi sendiri. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ceh! Tapi tetap tak cool. Main untung sabut untung batu bila nak maju jaya.

Dalam aspek kekeliruan identiti di kalangan blogger yang ingin disingkap sebenarnya adalah teori personaliti blog yang seakan terdesak meniru gaya persembahan orang lain. Potong-potong, tampal-tampal. Macam peraduan padankan dan menang. Kebarangkalian untuk mendominasi takhta liga jauh sekali cuma dari segi bantuan komuniti mungkin ada la kot. Tidak dinafikan faktor berita hangat hangit itu adalah sumber inspirasi paling mudah untuk mengemaskini blog. Tapi jarang-jarang yang membikin luahan ayat dari struktur binaan sendiri. Itu yang menjadikan pengamatan pengembara ruang blog menjadi bosan. Terjah 5 blog, ayat yang seakan sama tapi tak serupa kerana dibezakan dengan penambahan kosa kata berimbuhan. Hahha..

Sampai bila-bila pun fenomena ini akan tetap berlanjutan. Cuma kekesalan juga dirasai apabila pelakunya terdiri daripada tokoh blogger yang berjawatan otai. Dah betul la perumpamaan "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Sifu tunjuk jalan paling pantas untuk naik konon-kononnya. Sifu sudah punya jenama tapi anak murid yang follow the flow terkial-kial mengadun rempah yang terpakai. Benak, kekal di tampuk lama. Kalau tidak berasa hati, pembaca nukilan ini bukanlan manusia yang normal. Sekian.

p/s : Luahan dari lubuk hati yang kecewa. Lepaskan geram pada bola saiz 5.

Comments

Unknown said…
aku jadi diri sdrik je weyh
ayat terbaik...
Unknown said…
fuhh... sape la yg terasa tuu :p
Unknown said…
Salam...:)

kadang2 terpotong jugak jari org lain,tapi tidak lupa letakkan 'batu nisannya"....
Kacak Itu Saya said…
sy bukan sifu sy ok.. hahha..
Author said…
akmalseksi, ayat kaver line.. normal.. hahha..
Author said…
Apip, siapa yang cuba2 makan cili api.. dia la yang bakal terasa.. hahha..
Author said…
Cik Jari, Batu nisan itu membantu si empunya... batu nisan sendiri x berkualiti. Renungkan.
Author said…
Chaon, hang ngan wachak adalah sifu alam percintaan.. cewah.. hahha..