Resipi Entri Gedik-gedik Seorang Blogger

Assalamualaikum… Edisi blogger dan blog datang lagi bersempena Ramadhan al-Mubarak. Kali ini dengan kisah resipi untuk membuat blog personal yang kononnya adorable. Tidak perlu menyalin bahan-bahan yang bakal digunakan. Cuma perlu mengingati langkah cermat mengadun setiap bahan agar tidak terlebih pahit.

Bahan-bahan utama adalah :

1. Blog percuma (berbayar lagi sedap)
2. Idea semak
3. Imaginasi mengada-ngada
4. Jejari runcing (bukan blog jejari runcing yang femes tu)

Cara-cara :

1. Sebelum memulakan aktiviti mengadun bahan-bahan yang sudah tersedia, terlebih dahulu anda perlu mulakan dengan bacaan Bismillah.

2. Setup sebuah blog percuma bagi mereka yang bergelar beginner a.k.a newbie. Bagi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia maya blog pastinya anda sudah arif akan langkah pertama ini. Berikan tajuk seksi yang anda rasa paling manja untuk blog anda. Sertakan deskripsi yang bisa melebur hati pembaca.

3. Pilih templat yang sarat dengan hiasan dalaman. Penuhkan setiap ruang kosong dengan pelbagai jenis rangkaian widget yang anda rasa cool. Oh ya, widget bunyi-bunyian jangan lupa selitkan.

4. Masukkan bahan kedua iaitu idea semak yang anda fikirkan layak untuk dikongsi bersama.

5. Gaulkan idea yang terlintas di fikiran anda itu bersama imaginasi mengada-ngada sehingga sebati. Semasa mengadun bahan ini sila pastikan anda dalam mood syok sendiri.

6. Setelah anda yakin kedua-dua bahan yang digaul tadi sudah sebati, gunakan jejari runcing anda untuk menekan papan kekunci mengikut rentak irama emosi. Lebih emo tarian jemari anda maka akan lebih gedik lagi entri yang bakal terhasil. Teruskan aktiviti jemari secukup rasa anda.

7. Setelah pasti dengan rasa yang anda adunkan, sekarang tibalah masanya entri ala-ala gedik anda untuk dihidangkan. Selesai.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

p/s : Gaya bahasa yang terlebih mengada-ngada akan memberi impak berpanjangan dalam kitaran hubungan antara anda yang menulis dengan mereka yang membaca. Kuimpikan respon semanis madu, rupanya yang hadir kritikan sepahit hempedu. Mencik tawww...

Comments

RerameUngu said…
siyesly, memang sngt menggedix..hahahahahha
Mimi Dyana said…
alaa.. mencik arhh ittew.
Unknown said…
hahahahaha.....mencik.mencik.. geli ah...