Tips SEO : Google Tidak Mementingkan Kekerapan Mengemaskini Blog

Tips Perkara Asas SEO : Update Frequency

Pada edisi tips SEO yang lalu saya ada menerangkan tentang beberapa perkara asas permulaan bagi sesebuah blog. Pembinaan sesebuah blog yang mengikut genre tertentu perlu dioptimiskan bagi memudahkan mana-mana enjin carian internet mengindeks bahan yang diterbitkan itu dengan mudah. Bagi blog yang dibina khusus mengikut niche tertentu, kekerapan mengemaskini bahan terbitan seringkali menjadi kegusaran. Perkara ini bukan sahaja menjadi tekanan kepada blogger amatur malahan menghantui pemikiran blogger profesional.

Kebanyakan dari kita bimbang akan kehilangan jumlah trafik jika blog dibiarkan tanpa terbitan bahan baru. Perkara ini telah dibangkitkan sebagai satu persoalan yang memerlukan keterangan lebih jelas. Berikut adalah video penerangan tentang isu ini oleh seorang daripada kakitangan google iaitu Matt cutts.



Dalam keterangannya, kekerapan mengemaskini blog bukanlah faktor yang menjadi keutamaan dalam algoritma enjin carian google. Bahkan beliau juga memberitahu bahawa adalah lebih baik jika sesebuah blog itu dikemaskini selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Tujuannya adalah supaya blogger tidak terikat dan tertekan dalam menerbitkan artikel segar. Google amat mementingkan kualiti artikel yang diterbitkan berbanding kekerapan kita mengemaskini blog.

Namun begitu, mengemaskini blog itu tetap berkepentingan bagi memenuhi kehendak pembaca dan bertujuan untuk menambah jumlah daftar kata kunci dalam enjin carian internet. Oleh itu, kepada blogger mengutamakan penerbitan artikel dalam bentuk SEO, tidak perlulah dibebani dengan tekanan untuk mengemaskini blog sepanjang masa. Jika kata kunci yang digunakan itu benar-benar hangat, pastinya artikel terbitan anda yang segar akan menjadi pilihan pembaca.

Sekian buat kali ini. Jika ada sebarang pendapat yang berbeza sila tinggalkan di ruangan komen.

Dari pena penulis,
yusenze

Comments

jaya jr said…
hehe..memang kemas penerangan kat sini..sape tak paham boleh botak kan je rambut tu terus
Kacak Itu Saya said…
kalo setahun sekali ok tak? okla okla.. sebulan sekali la.. macam mane?
Atika Aula said…
betul jugak kan~ setuju, kadang-kadang ada blogger yang sejam sekali update blog. :)