Bukan Cinta Mukabuku Najwa Latif

Assalamualaikum… Lama saya tidak menulis tentang cinta dan kehidupan. Elemen wajib bagi setiap makhluk bernyawa. Manusia meneruskan kehidupan dengan revolusi mental dan fizikal. Fenomena dan trend percintaan kian berubah mengikut peredaran zaman. Adakah nilai sentimental alam percintaan itu masih dapat dihayati seperti mana dulu-dulu?

Cinta dewasa ini boleh dikategorikan sebagai cinta siber. Komunikasi lebih menjurus ke arah medium digital dan elektronik. Tidak seperti zaman sekolah saya dulu, surat-menyurat menjadi tali penghubung antara dua hati. Zaman monyet-monyet bercinta.. hahha.. Romantica de amor. Kenangan indah, kenangan terindah, seindah kenangan silam.

Dalam era teknologi ini, pelbagai jenis alat perhubungan mudah menjadi penyambung antara dua hati. Dengan kewujudan berbagai-bagai komuniti sosial di lembaran maya nampaknya seni tulisan tangan semakin pupus. Kad-kad ucapan digital sebagai pengganti diri untuk melahirkan secebis ingatan. Kalau dulu berkajang-kajang kertas dilempar ke bakul sampah, sekarang delete saja.

Yang paling popular pastinya lembaran MukaBuku a.k.a FaceBook. Bak kata member saya, nenek kat kampung-kampung pun dah ada facebook. hahha.. Yang bagusnya di lembaran mukabuku ni ada aplikasi yang bukan-bukan seperti notifikasi merah bernombor, tarikh peringatan, game cucuk tanam dan macam-macam lagi. Oleh itu pengguna FB tidak sempat merasa kebosanan malahan lebih berasa keasyikan. Di laman interaktif ini juga kita boleh bertukar-tukar pandangan dalam tatacara formal mahupun tidak formal. Mungkin juga boleh dikatakan tempat mencari jodoh.

Tidak ketinggalan laman bicara umum Twitter. Di laman sosial ini pengguna boleh berinteraksi secara berkumpulan atau jika anda rasa anda hebat, boleh juga menyelit atau menyampuk di celahan orang-orang yang popular. Buat-buat friendly walaupun pada hakikatnya anda seorang yang pemalu. Siapa sangka! hahha.. Bercinta di twitter lebih jimat dan terbuka. Makna kata tiada rahsia antara kita. YM sudah jadi kurang popular. Tapi masih lagi perlu pada waktu dan ketika untuk berahsia.

Terkini teknologi penulisan maya yang semakin mendapat tempat di hati pengguna internet. Laman blog menjadi tempat berinteraksi dengan yang sememangnya sudah kenal mahupun yang tidak pernah dikenali. Perkongsian isi hati dan maklumat semasa boleh disalurkan melalui medium ini. Bukan sekadar bicara kosong malahan dengan penyusunan strategi yang baik boleh juga menjana pendapatan sampingan. Selain dari itu, medium ini juga boleh dijadikan batu loncatan untuk mencari pasangan cinta. Setuju atau tidak? Setuju sajalah...

Tidak kira apa mediumnya atau apa jua cara berhubung yang paling penting adalah kejujuran dan keikhlasan dalam menjalin sesuatu hubungan itu. Melalui coretan sememangnya kita bisa melahirkan idea-idea yang indah, tetapi bila bersemuka kelu seribu bahasa. Biar waktu yang menentukan kesudahan cinta jarak jauh yang terjadi. Tetapi perlu diingat juga untuk mendisiplinkan diri agar terus setia. Al-maklum sajalah, di ruang maya ini ada pelbagai jenis dugaan yang boleh meragut kebahagiaan. Mungkin usikan boleh menjadi punca cemburu buta. Panorama cinta tidaklah seindah bait-bait lagu Cinta Mukabuku Najwa Latif. Renungkan.

Sekian karutan untuk kali ini. Semoga bertemu di lembaran yang lebih segar di lain waktu. Babai..

p/s : Get even… with the people that helped you. 

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

wachak said…
confirm cinta itu buta. dok chat dekat facebook / twitter, mana dok tengok muka, bleh pula jatuh cinta.
yusenze said…
Buat di hati.. klu da jumpa belum tentu jadi lagi.. hahha..
Chaon Cornerz said…
tapi banyak jugak masalah yang akan berlaku kalau pengguna di alam maya nie tak berhati-hati.. pasti ada yang akan tertipu.. kalau blog aku percaya.. hahha..
APi said…
tak de pun orang jatuh cinta ngan aku..
tipu itu semua
Mario said…
nanti aku pun nak buat n3 cinta mukabuku ni...ekeke
jangan bercinta kerana mata bercintalah kerana hati ewahhhhh
yusenze said…
@chaon hati2 sangat nanti jadi cemburu buta pulak weh.. hahha..
yusenze said…
Alah rio, aku saja buat kacau keyword panas nih.. hahha.. buat jgn x buat weh..
yusenze said…
Api, ko tu jual mahal kot.. orang lain aku tngok sampai bermadu siap.. kah2..
yusenze said…
ececeh lolly, klu la senang nak becinta dgn hati xde la masalah cerai berai.. hahha..