Assalamualaikum… Bagi kebanyakan blogger pastinya mengenali blog Denaihati.com (Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina) yang seringkali menganjurkan kontes dengan ganjaran yang lumayan. Namun kontroversi kecil tercetus kerana komen seorang rakan blogger yang mungkin tidak berfikiran terbuka. Nampaknya dia lantang menyuarakan rasa tidak puashati dengan cara blog denaihati menjana trafik.
Pada pendapat saya sendiri, ada pelbagai kelas dalam menjana trafik blog. Dan dalam istilah SEOnya adalah BlackHat dan WhiteHat. Terpulang kepada blogger itu sendiri untuk memilih cara yang mana satu kerana kedua-duanya merupakan kaedah untuk menjana trafik ke blog masing-masing yang berkisar dengan beberapa pro dan kontra.
Pro - Baik WhiteHat mahupun BlackHat, tujuannya tetap sama iaitu untuk menjana trafik yang stabil.
Kontra - Kaedah yang digunakan sangat berbeza. Sementara blogger yang memilih jalan WhiteHat untuk mendapatkan trafik yang organik, blogger di jalan BlackHat sudah mampu menjana trafik yang sesak ke arah blog masing-masing. Mungkin kaedah WhiteHat agak lambat untuk mendapat trafik yang stabil tetapi cara ini lebih disukai oleh kebanyakan pengiklan maya.
WhiteHat vs BlackHat SEO
WhiteHat SEO adalah merupakan usaha yang perit sebenarnya jika dibandingkan dengan kaedah BlackHat SEO. Saya sendiri pernah menggunakan kaedah BlackHat suatu ketika dahulu tetapi tidak mengecap kepuasan yang setimpal. Saya pernah menggunakan WP Robot yang bertindak sebagai penulis automatik untuk blog saya yang mana setiap terbitan entri boleh ditetapkan mengikut niche tertentu pada waktu yang konsisten dan mudah. Jalan pintas ini tidak memberi keputusan yang memberangsangkan kerana setiap terbitan itu adalah hasil plagiat.
Kebanyakan blogger dari barat gemar dengan cara BlackHat untuk mencapai PR yang tinggi. Mereka sanggup mengeluarkan modal bagi mendapatkan backlink yang berterusan ke blog mereka. Tetapi sebenarnya PR tidaklah menjamin SERP sesebuah blog itu. SERP yang berkesan hanya ada satu cara sahaja iaitu dengan menerbitkan entri segar dan bermanfaat.
Saya lebih suka menganggap kaedah promosi blog secara manual sebagai WhiteHat SEO kerana ia menuntut kesungguhan blogger itu sendiri untuk mencapai tahap yang dikehendaki. Dalam kes Denaihati.com, saya masih beranggapan bahawa ini merupakan kaedah WhiteHat yang berkesan. Manfaatnya bukan sahaja kepada Denaihati malah tetap membantu kebanyakan blogger. Bukan semua orang mampu menganjurkan pelbagai kontes yang menjanjikan ganjaran yang lumayan. Oleh itu sokongan blogger-blogger lain yang terlibat berjaya menjana trafik kepada Denaihati begitu juga sebaliknya. Tiada pihak yang rugi malahan kedua-dua pihak beruntung dengan cara yang berbeza. Sekian.
p/s : When spider webs unite, they can tie up a lion.
Dari pena penulis,
Yusenze
Comments
pe2 pun, thanks, entri yg segar
hahaha..tp entry ni best! :)
bila boleh nuntut tok guru?
Pertama kali dengar lagu raya Ana Raffali buat saya jatuh cinta - Ana Raffali patut ucap terima kasih pada video ni | Semekar Kasih