Kisah Aku dan Fake Lover

Prolog

Disember, 2010. Sinaran mentari pagi yang singgah menyentuh kulit disulami hembusan lembut sang bayu menyegarkan tubuh yang diliputi keringat. Rutin senaman pagi kuteruskan di celahan kelibat manusia yang sememangnya terlalu asing bagiku. Antara nyata dan fantasi aku kini berpijak di bumi Hollywood dengan persekitaran penuh glamor. Kedatangan aku ke sini adalah atas tiket muzik. Jiwa ini sedari dulu lagi  sudah dibajai dengan alunan muzik country dan aku lebih rela menuruti kehendak hati demi si dia yang dikasihi.

Perkenalan antara kami bermula di balik tirai hitam  pentas persembahannya. Aku sebagai penata bunyi yang bertugas di belakang tabir terpaut hati dengan sikapnya yang peramah dan sering melontarkan senyuman kepada sesiapa sahaja. Inilah pengalaman cinta pandang pertama yang aku alami buat pertama kali dalam sejarah hidupku. Dan yang lebih indah cintaku berbalas sepenuhnya.

Aku tersentak tatkala gegaran iPhone mengenai pangkal peha lantas aku menyeluk poket kanan seluar trek yang kupakai. Paparan skrin iPhone kutatap dengan senyuman. Pesanan ringkas dari si dia membuat hati makin berbunga. 

"Breakfast, tempat biasa. Miss you :)"

Plot 1

"Hai, sori lambat sikit. I mandi dulu, wangi-wangi then cepat-cepat datang sini." Aku menyapa dari sisi sambil si dia memandang dengan seulas senyuman manis lagi indah. Dari lirikan matanya aku dapat membaca yang dia benar-benar merindui diriku.

"It's okay, dah biasa." Dia membalas sambil mencebik bibir ke arahku. Aku duduk menghadap dirinya dan aku berasa terlalu rugi untuk melepaskan pandangan mata ini ke wajahnya walau sesaat. Wajah inilah yang telah berjaya menambat sanubariku untuk mendalami erti cinta. Tetapi… 

Plot 2

Aku dan si dia berpimpinan tangan seiring jalan menyusuri pesisir pantai. Sesekali deruan ombak menjamah ke pangkal buku lali. Sebenarnya ada sesuatu yang terbuku di lubuk hatiku tetapi terlalu sukar untuk kuluahkan. Aku seakan terus lemah, longlai, tidak berdaya untuk melontarkan setiap baris kata yang tersemat ini. Aku bimbang bicaraku akan melukakan dan terus meninggalkan parut di hatinya. Aku tidak sampai hati untuk menghancurkan suasana gembira di saat si dia terus berceloteh ceria.

Plot 3

Malam ini si dia bakal melakukan persembahan dalam majlis gemilang anugerah muzik country. Malam ini juga adalah malam terakhir tugasanku di belakang pentas hiburan. Aku berasa terlalu letih untuk mengikuti setiap gerak pementasan di serata tempat. Aku tekad untuk kembali ke tanah air demi memulakan kehidupan di luar dunia hiburan. Dan pada malam ini juga aku harus mengumpul kekuatan untuk meluahkan segala yang terperangkap di ruang hatiku. 

Dari belakang pentas kedengaran lunak merdu suaranya mengalunkan nada lagu "Mean". Aku seolah-olah berada di awang-awangan. Setiap baris lirik yang terungkap menceritakan tentang dirinya. Fikiran semakin berkeceramuk memikirkan susunan bicara yang perlu aku ungkapkan padanya.

Plot 4

Dalam perjalanan pulang, si dia seperti biasa bercerita sambil aku hanya membisu dan sesekali memandang ke raut wajahnya. Aku menukar arah perjalanan menuju ke sebuah taman bunga. Aku dan dia duduk di pangkin bersama sinaran rembulan yang sesekali kelam dilindungi awan berarak.

"Actually, I have something to tell… and it's really hurt." 

Dia merenung dalam ke arah mataku. Aku membalas renungan itu sambil mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-kata.

"I love you so much but the fact is… we can't be living together forever."

"Tapi kenapa?" Dia benar-benar inginkan jawapan sementara dari alis matanya kulihat kian berkaca. Aku menggenggam jemari halusnya sambil menarik nafas dalam untuk terus berbicara.

"Sebenarnya hati I sudah dimiliki oleh insan lain." Dan dia setia menanti kepulangan I untuk hidup bersama." Terpacul dari mulutku setiap baris kata secara spontan sedangkan alasan itu hanyalah alasan palsu semata-mata. Yang sebetulnya aku sendiri tidak tahu mengapa jalan perpisahan yang aku pilih. Aku cuma menuruti kata hati yang menyatakan bahawa cinta yang aku berikan padanya bukanlah cinta sebenar. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang terjalin demi menjaga hatiku dan hatinya agar tidak terluka lebih parah di kemudian hari. Si dia terus menitiskan airmata dalam pelukanku. Terasa bahagia namun kepasrahan dalam menerima hakikat harus sama-sama dipegang.

Epilog

Januari 2011. Aku kini menjunjung langit tanah air yang sekian lama ditinggalkan. Membelek album gambar lama di hadapan kaca televisyen tiba-tiba halwa telinga ini diusik alunan suara yang amat kukenali. Aku memandang ke arah televisyen dan dengan jelas kulihat kelibat seorang gadis yang amat kukenali rupa paras dan hati budinya. Dia mendendangkan lagu "Back to December" dengan sepenuh perasaan sambil bermain piano bewarna putih ditengah pentas. Sesekali kamera menghala ke arah ribuan penonton yang menyoroti persembahannya dengan lambaian tangan.

Mendengar setiap baris lirik yang dilafazkan, hatiku terus dibuai kenangan lalu saat mengharungi rona-rona percintaan bersamanya. Pertemuan terakhir di bulan Disember kini diabadikan dalam lagu yang hanya aku dan dia mengerti akan maksudnya. Taylor Swift, Hatimu Milikku di Carta Hati teratas.

Tamat.

Cerita di atas adalah idea karutan dari bingkisan imaginasi penulis. Walaupun nama dan watak yang digunakan adalah benar, tetapi setiap plot dari kisah yang digambarkan adalah rekaan semata-mata. Kredit kepada Cik Gojes kerana memberi ilham untuk saya mengisi kategori karutan kali ini. Taylor Swift cakap melayu. Hahha..

p/s : Mencintai tidak semestinya memiliki dan melukakan tidak bermakna membenci. Renung-renungkan. 

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

cik gojes :) said…
thank you sudi join...waaahhh...kemain Lagi tayLor swift cakap meLayu yee...bhahahhaa~ terima kasih jugak bagi CG bahan bacaan di kaLa bosan =)
dayah said…
dah agak da rekaan....sambung lagi rekaan ye, nice plot
APi said…
boleh pergi jauh cerita aok ni yus..

weh..
blog koi kena remove ngan google.. =[
yusenze said…
CG, thanks jugak sbb bagi idea di kala kebuntuan untuk menulis.. hahha..3 jam ni nak karang cereka karutan pendek..
yusenze said…
Dayah, mmg la rekaan. Baca tajuk pon da tau.. hahha.. nanti la ade masa sambung lagi plot dalam situasi yg lain pulak..
yusenze said…
Api, koi melawok je pon.. hahha.. nama pon karangan karutan..

koi pnye adsense baru je kejap2 td kene ban ngan google. Lagi la frust..
wachak said…
phewitt !! encem abg yus bila tak berserkop ... wakakaka
yusenze said…
serkup letak tepi chak.. tayang rambut baru.. hahha..
LadyBird said…
wahai penulis.. kenapa kau loretkan bingkisan sedih? xleh ke tulis kisah cinta yang berakhir dengan kebahagiaan.. :P
Anonymous said…
alololo......
taylor swift tuu...peeewwiittt