Najwa Latif dan Penulis |
Entri beberapa ketika yang lalu saya menyentuh tentang Cinta Muka Buku dan hari ini saya ingin berseloroh Kosong tentang Najwa Latif. Bukan kekosongan Carta Hati saya mahupun Najwa Latif, tetapi cerita insan bernama Najwa Latif yang semakin mendapat tempat di Carta Hati peminat muzik tanah air. Najwa Latif juga lebih dikenali sebagai Si Gadis Youtube yang cemerlang dalam industri muzik.
Respect yang harus diberikan kepada gadis comel ini adalah kebolehan yang ditonjolkan olehnya bersifat segar baik dari segi bakat dalam bidang muzik dan juga dalam bidang penulisan. Dalam meniti usia remaja Najwa Latif telah berjaya menarik perhatian umum dengan mencipta melodi lagu dan juga alunan suara yang tidak jemu didengar. Di samping itu , Najwa Latif juga tergolong dalam komuniti blogger. Terjah entri tulisan Najwa di blog peribadi miliknya. [Link Blog Najwa Latif]
Saya juga peminat muzik tetapi tidak seberani Si Gadis Youtube ini. Saya menulis lirik dan mencipta melodi sekadar untuk melayan perasaan sendiri. Hahha… Kejayaan Najwa di usia yang muda seharusnya dijadikan panduan dari perspektif keberanian untuk tampil ke hadapan dan berusaha mengejar cita-cita. Bukan menjadi seperti Najwa Latif tetapi memotivasikan diri agar berani untuk tampil dengan idea yang segar. Saya tujukan kata-kata ini khusus kepada para blogger yang ingin berjaya dalam dunia blog.
Apabila kita berani tampil dengan persembahan dari sumber tersendiri secara tidak langsung kita telah berjaya membuka dimensi baru dalam dunia penulisan. Kita harus muncul dengan personaliti yang segar supaya pengunjung blog tidak terperangkap dengan entri yang hampir sama sahaja dengan blog-blog yang lain. Sedar atau tidak kita sebenarnya berbakat dalam tatacara tersendiri dalam bidang yang berlainan.
Rasanya cukup setakat ini bicara karutan saya dalam edisi khas Najwa Latif. Anda adalah penulis, pembaca dan peminat yang bijak, saya pasti anda dapat menilai bicara "KOSONG" saya ini dari perspektif yang positif. Sekian.
Dari Pena Penulis,
Yusenze
Comments
ajak apanya, aku pun bidan terjun.. hahha..
keh keh keh
Sepantas kilat..
tapi ngoti eh.. bulih jadi model pahni Najwa.. jgn model po Yuna dah la.. keekkee..