Tarian Emosi Wanita dan Barah Payudara


Assalamualaikum… Pernah suatu ketika dahulu saya menerbitkan satu artikel tentang "Lelaki Menangis". Perjalanan emosi bagi setiap individu itu ada batasan untuk dirinya bertahan dengan kental. Namun ada waktunya keampuhan sekeping hati yang tidak dapat mengawal desakan emosi itu mencetuskan fenomena secara lahir dan batin. Saya akui bahawa saya tidak dapat menahan airmata daripada menitis tatkala menyaksikan adegan yang menyentuh perasaan. Mungkin ada lelaki yang menangis ketika menonton satu babak dalam cerita Hindustan. Sebenarnya hakikat ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana individu sekalipun. 

Rakaman video seni tari ini sudah berulangkali saya tonton dan setiap kalinya juga mata ini berkaca. Pertama kali saya menyaksikan penceritaan yang penuh dengan emosi diadaptasi ke dalam sebuah gerak tari. Saya yakin anda pasti biasa mendengar sebuah rancangan tarian "So You Think You Can Dance". Video yang ingin saya kongsikan di sini diambil dari petikan memori rancangan tarian ini pada musim yang ke-5.

Gerak tari ini dicipta oleh seorang koreografer bernama Tyce Diorio yang terkenal dengan gerak tari kontemporari. Dalam episod ini Tyce telah mencipta sebuah gerak tari khusus yang menceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang wanita yang sedang menentang kanser payudara. Melalui gerak tari yang dijayakan oleh Melissa dan Ade ini, Tyce berjaya menyampaikan mesej tentang pengorbanan, kasih sayang dan emosi seorang wanita yang menghidap barah payudara melalui kehidupan seharian disamping insan yang menyokongnya.

Saksikan paparan video ini dengan penghayatan tentang mesej yang cuba disampaikan. Saya pasti anda juga bisa tersentuh dengan setiap gerakan tari mengikut rentak irama dan lirik lagu berjudul "This Woman's Work" dendangan Maxwell.

p/s : Better to swim in Fantasy than sink in Reality.


Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

yusenze said…
ooo.. sorry to hear that :(
Anonymous said…
http://wanwidget.com
mcm mcm tarian skrg nih