Tips Memastikan Minda Sentiasa Cergas


Anatomi Struktur Otak
Assalamualaikum… Edisi kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang langkah yang perlu bagi memastikan otak sentiasa cergas. Memastikan daya ingatan yang kuat dan minda yang sihat selaras dengan peningkatan usia kadangkala menjadi satu cabaran besar bagi sesetengah individu. Semakin kita berusia, sesetengah individu mendapati mereka semakin mudah lupa perkara-perkara yang telah terjadi. Selain itu, penumpuan terhadap perkara yang ingin dilakukan juga akan terganggu.

Bagi sesetengah orang menganggap bahawa kekurangan daya ingatan adalah lumrah apabila usia semakin meningkat. Inilah pendapat yang tertanam dalam ruang mentaliti. Walaubagaimanapun sebenarnya perkara ini boleh diatasi dengan mengamalkan beberapa tips. Dr. Aziz Azimuth yang merupakan Pakar Kesihatan & Kecantikan Antarabangsa telah mengeluarkan artikel tentang tips untuk mengekalkan kecergasan minda agar sentiasa berada dalam kondisi yang optimum. Antara tips yang disarankan adalah seperti berikut :

Pengambilan Zat Omega 3


Memastikan otak kita sentiasa mendapat bekalan Omega 3 yang mencukupi. Penyelidikan yang dilakukan di Perancis mendapati bahawa mereka yang mengambil Omega 3 dan 6 yang mencukupi, kurang 40% mengalami kehilangan daya ingatan jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak. Oleh yang demikian kita perlu mengambil makanan yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9 seperti ikan tuna, salmon, sardin dan makeral bagi memastikan kita mendapat bekalan yang mencukupi. Ketidakseimbangan pengambilan Omega 3, 6 dan 9 boleh menjejaskan metabolisme sel.

Folate dan Vitamin


Kita juga perlu memastikan otak sentiasa mendapat bekalan vitamin yang penting seperti folat, vitamin C, E dan Niacin bagi menjamin otak agar berfungsi pada kadar yang optimum. Kekurangan vitamin-vitamin ini boleh menjejaskan fungsi otak terutama di kalangan mereka yang sudah berusia.

Senaman Minda


Sama seperti senaman yang kita lakukan untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat, kita juga perlu melakukan senaman minda bagi memastikan ia terus peka dan cergas. Antara cara untuk memastikan otak sentiasa sihat dan cergas adalah dengan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru seperti belajar bahasa baru atau bermain alat muzik.

Kita juga boleh mengamalkan budaya membaca, menjawab teka-teki atau bermain permainan silang kata seta mencuba hobi baru.  Selain dari itu, kita perlu sentiasa peka dengan persekitaran serta mengikuti perkembangan dunia di samping rajin bergaul dan berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara ini minda kita akan sentiasa aktif dan secara tidak langsung akan merangsang perkembangannya.

Fizikal Yang Cergas


Melalui kejian yang dijalankan mendapati bahawa aktivii fizikal boleh melambatkan kadar penyusutan tahap keaktifan mental. Ini kerana aktiviti fizikal yang dilakukan mampu melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh badan termasuk otak dan seterusnya boleh mengggalakkan pertumbuhan sel. Selain daripada itu, aktiviti riadah dan senaman akan menjadikan anda berasa lebih bertenaga. 

Mulakan tabiat bersenam dengan melakukan aktiviti yang mudah seperti berjogging, berbasikal dan sebagainya sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan serius. Jangkamasa yang disarankan untuk bersenam adalah sekurang-kurangnya 30 minit dan dilakukan setiap hari.

Diet Yang Sihat


Amalkan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayuran dipercayai mengandungi anti oksidan iaitu sejenis bahan yang mampu melindungi dan menyuburkan otak.

Anti oksidan juga boleh membantu menghalang kolestrol daripada merosakkan dinding arteri yang boleh mengakibatkan aliran darah ke otak menjadi perlahan. Antara buah dan sayuran yang mengandungi bahan anti oksidan adalah seperti buah oren, strawberi, lobak merah, tomato dan keledek.

Mengawal Tekanan


Antara faktor yang boleh menyusutkan kecergasan minda adalah berpunca dari faktor tekanan emosi. Pastikan anda menjaga emosi dan tidak hidup dalam keadaan yang tertekan. Ini adalah kerana apabila kita berada dalam keadaan tertekan, otak kita akan menghasilkan hormon yang boleh menjejaskan otak apabila terlalu lama terdedah kepadanya. Pastikan anda meluangkan masa untuk diri sendiri dan tenangkan fikiran apabila anda rasa tertekan.

Zat Makanan Tambahan


Selain daripada langkah-langkah yang tersebut di atas, kita juga boleh mengambil makanan tambahan dalam bentuk herba untuk membantu otak agar terus berfungsi di tahap yang optimum. Antara herba-herba yang dicadangkan adalah seperti Cordyceps (sejenis kulat), ginko biloba dan pegaga. Ginko boleh membantu minda anda sentiasa berkeadaan peka kerana herba ini mampu menggalakkan peredaran darah. Anti oksidan yang terdapat dalam ginko biloba juga diketahui dapat menghalang kerosakan salur darah yang mengalir ke otak

Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica telah diketahui sejak dahulu lagi mampu membantu meningkatkan daya ingatan.

p/s : Nothing makes a person more productive than the last minute.

Comments

Guru said…
Sentiasa berfikiran positif juga membantu :)
yusenze said…
Mungkin berfikiran positif mcm yg cikgu cakap tu boleh masuk dalam kategori senaman minda ugak.. :)
blog-tips-kurus said…
dah lame tak bersenam ni. adehhhsss!!
Chaon Cornerz said…
aku dah start amalkan makan sayur-sayuran weh.. hahha..
yusenze said…
@btk - bila dah tinggal senaman nak mula balik mmg malas.. hahha..

tapi semangat tu boleh dtg balik bila kita da start rutin tu semula...
yusenze said…
Chaon, cantek sgt la tu.. hang fokus tambah vitamin kat bahagian kaki weh.. kan hang nak join pasukan timbang bola mario.. hahha..
Chaon Cornerz said…
hahha.. mana hang tau nie weh mario ada pasukan timbang bola? aku ingat nak suruh hang timbang bola..
Jericho said…
Kena makan kismis banyak sampai otak pun jemu dah rasa kismis.. hehe