Assalamualaikum… Di kesempatan yang singkat ini saya dengan terpaksa rela mengisi ruangan "CINTA" yang sekian lama ditinggalkan. Idea mencurah-curah hadir di lubuk hati merangkumi benak fikiran, namun kerelaan untuk meluahkan secara zahirnya terlalu malas sekali. Penyakit "M" yang sememangnya menjadi lumrah dalam diri setiap makhluk bernama manusia.
Sejauh mana anda tahu tentang perkahwinan? Sedalam mana anda memahami perihal mendirikan rumahtangga? Sebijak manakah anda mampu bersedia menghadapi liku ranjau dalam menjalani alam rumahtangga? Persoalan sebegini sebenarnya adalah suatu kemestian bagi setiap insan itu bersenggama dengan keintiman nurani yang tulus.
Perhubungan yang bijak seharusnya dipagari dengan beberapa elemen penyesuaian dari aspek mengenal hati budi, kesefahaman, keserasian dari sudut pro dan kontra serta ketabahan hati pasangan itu sendiri. Memang benar cinta itu boleh dipupuk, namun semasa dalam proses pemupukan itu kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang negatif.
Mengenal Hati Budi
Proses ini merupakan elemen major yang bakal membongkar segenap rahsia masing-masing. Melalui proses inilah kita akan lebih memahami keupayaan atau ketidak-upayaan pasangan kita. Keupayaan yang pertama adalah kebolehan pasangan kita menerima setiap insan di sisi terutama sekali ahli keluarga. Jika ingin membicarakan soal "sekufu" pastinya penjelasan syarak ini akan memberi penilaian yang panjang lebar. Pentingnya kaedah syarie ini adalah bagi mengelakkan tragedi "Fasakh" dan "Talak" yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat dewasa ini. Yang paling utama adalah, sejauh mana seseorang itu mampu bersabar menghadapi ujian yang bakal dilalui kelak. Senang bersama dan susah tetap juga bersama. Oleh sebab yang demikian kita perlu mengenal hati budi pasangan dan keluarga dengan sepenuhnya sebelum sesebuah institusi rumahtangga itu didirikan dengan jayanya. Elemen ini akan mengambil masa yang agak panjang untuk di fahami dengan sedalamnya.
Kesefahaman / Kepercayaan
Memupuk persefahaman antara dua hati adalah suatu perkara yang amat rumit untuk dilaksanakan. Kadang-kadang elemen ini hanya dipenuhi dengan kepuraan semata-mata. Dalam sesi suai kenal ternyata setiap butir bicara yang diluahkan membentuk medium janji yang mampu dikotakan. Namun setelah mendirikan rumahtangga elemen saling faham-memahami kian luntur dek kerana faktor sekeliling yang memberi impak semulajadi. Contohnya kita menjadi lebih cenderung untuk mempercayai kata-kata orang luar berbanding pasangan kita sendiri. Dalam konteks ini ternyata kita masih tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pasangan. Dalam ertikata lain kita belum benar-benar faham dengan sikap dan tingkahlaku pasangan kita sehingga menimbulkan syak wasangka. Cemburu itu perlu, tetapi bukanlah cemburu buta.
Keserasian
Pro - Kita mungkin merasai keindahan menjalani hidup sebagai pasangan kekasih yang bersifat sementara. Perihal ini boleh mengakibatkan salah seorang menjadi bosan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, setiap pasangan itu perlu mengubah kadar keserasian dari segi minat atau aktiviti yang dilakukan. Dulu mungkin kita sama-sama suka menonton wayang tetapi kini si dia lebih gemar menonton persembahan pentas teater. Bagaimana agaknya kita ingin menangani isu serasi ini seandainya kita tidak mampu menerimanya?
Kontra - Tersangatlah berkait rapat dengan elemen pro yang tersebut di atas. Kehadiran pasangan itu adalah untuk mengisi ruang kosong yang menjadi faktor kelemahan. Setiap pasangan perlu mengambil berat akan kepentingan emosi pasangannya. Mungkin si dia suka dengan "cara" tertentu, oleh itu sebagai pasangan kita harus memenuhi kehendak emosi pasangan dengan mengisi kekurangan yang dilaluinya. Serasi bukanlah bermakna setiap perkara itu perlu disukai bersama tetapi kadangkala memerlukan pengorbanan yang berpatutan.
Ketabahan Hati
Perjalanan hidup berpasangan itu diharap agar berterusan kekal selagi hayat dikandung badan. Ada ketika sejuta kegembiraan dan kebahagian akan dinikmati bersama namun ada juga waktu kesengsaraan melanda. Persoalannya, sejauh mana kita mampu bersabar dengan kedegilan pasangan kita? Sekuat manakah ikatan cinta itu mampu dipertahankan? Elemen kesabaran menjadi pegangan yang jelas bagi menjanjikan kebahagiaan yang berkekalan.
Renung sejenak tahap kesediaan kita dalam menempuh jalinan hubungan sebelum dan setelah mendirikan sebuah institusi keluarga. Fikir, halusi dan fahami setiap elemen penting yang menjadi tunjang dalam sesebuah hubungan itu terlebih dahulu sebelum keputusan diambil dan tindakan susulan diteruskan. Mungkin kita terleka untuk memahami erti sebenar sesebuah jalinan perhubungan itu sendiri. Yang kita sedar hanyalah kita memerlukan pasangan untuk menjalani kehidupan tetapi kita terlupa untuk memupuk setiap elemen yang penting bagi mengekalkan perhubungan tersebut.
anda fikir anda sudah bersedia untuk berumahtangga? anda fikir sekali lagi..
p/s : Always be sincere, even if you have to fake it.
Comments
kena cop syok sendirik kang :P
Idea karutan jadi idea elemen cinta.. hahha.. lawak je.. prn scn tu sekadar hiasan.. yg penting pengisian yg ingin disampaikan.. :)
hahhaha.. bkn syok s'diri la.. save budget.. ok what?? ekekeke..
kehkehkeh
Belom lagi chak, sikit hari lagi terikat la kot.. hahha..
"Ter" xpe.. jgn malu2 kucing k.. hahha.. kenapa malu2.? kenapa??
x rok ikat pakai tali ropia.. chaon mana ada perasaan dah.. keje kuat je skang ni.. hahha..
x mampu nak upah2.. buat sendiri je sng.. hahha.. klu aok nak jgk kire free je la..