Asam Garam dalam Hubungan Cinta


Assalamualaikum… Saban hari kita menghitung detik waktu dengan memikirkan apa yang bakal berlaku dan dilalui pada keesokannya. Bak kata pepatah, "Langit tidak selalunya cerah". Gambaran dari bingkisan kata-kata ini boleh juga ditakrifkan dengan perubahan perasaan dan kelakuan seseorang individu itu. Tidak mungkin hari-hari kita akan melalui detik manis kerana rencah kehidupan ini telah ditentukan ada ketikanya kita perlu juga merasai kepahitan.

Kadangkala ada kesukaran untuk mencari keserasian dan kesefahaman dalam sesebuah hubungan serius. Setiap individu itu mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan. Apabila seorang bersifat keras hati manakala seorang lagi berhati lembut ternyata sukar untuk menjaga perasaan keduanya. Namun begitu tidak bermakna hubungan yang terjalin tidak mampu bertahan lama. Salah seorang perlu mengambil inisiatif untuk mengalah tetapi...

a) sampai bila mampu bertahan?
b) apa kesan sampingan apabila tidak mampu bersabar lagi?

Ada waktu hanya kerana sekelumit perkara remeh boleh menjadi punca pertelingkahan. Namun kesannya tidak mungkin berterusan jika salah seorang beralah. Yang dikhuatiri apabila keduanya terus mempertahankan keegoan masing-masing. Semakin hari punca yang sekelumit itu menjadi bahan ungkitan yang berpanjangan. Perkara sebegini pastinya mampu mengeruhkan kejernihan sesebuah hubungan itu. 

Apabila melalui fasa percintaan, ada perkara yang tidak dapat dielakkan walau kita cuba untuk menghindarinya. Semasa melalui sesi pengenalan diri secara mendalam segala kebaikan dan segala jenis keburukan akan terbongkar secara semulajadi. Perkara ini adalah fenomena normal yang akan berlaku kepada setiap pasangan yang melalui sebuah hubungan serius dengan tulus dan bukan penuh kepuraan semata-mata.

Insan yang akan berjaya dalam percintaan adalah insan yang bijak menangani setiap pertelingkahan dengan kesabaran. Mengalah bukan bererti tewas tetapi sebenarnya kejayaan dalam mendominasi perasaan agar tidak terlalu berkeras dan mendesak. Cuba renung-renung sejenak mengapa percintaan anda yang sebelum ini tidak begitu menjadi. Adakah kerana si dia yang benar bersalah atau mungkin anda yang menjadi punca keretakan sedari awal hubungan lagi.

Anda fikir anda sudah layak bercinta? Anda fikir sekali lagi.

p/s : Don't argue with the idiot.

Comments

Cik Cinta said…
Cik Cinta menanti Encik Kekasih.
mario said…
errr...lelaki akan sll mengalah...ekeke
LadyBird said…
waalaikumusalam yus :)..

x salah mengalah andai boleh menjernihkan keadaan..

kdg2 time bercinta asyik berperang..

lps kahwin alhamdulillah.. serasi.. sejahtera..
blog-tips-kurus said…
cinta tak kenal siapa...
Mario said…
mana korang weh...
annisa said…
cinta.....penuh dgn suka dan duka...