Soalan Bonus Hakikat Bahagia

Assalamualaikum...

"Berekonomi dalam nafkah adalah separuh kehidupan dan perasaan kasih sayang sesama manusia adalah separuh akal, dan persoalan yang baik adalah separuh ilmu - Muhammad S.A.W 

"Kita kejar akhirat, dunia kejar kita" - Prof Dr. Muhaiyah

Adakah anda menjangkakan bahawa anda akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jika anda belum redha dengan Tuhan, dengan hukum-hukum, perbuatan-perbuatan, qadak dan qadar-Nya, dan belum redha dengan rezeki dan anugerah yang Allah berikan kepada anda?

Adakah anda sudah mensyukuri semua nikmat, anugerah dan berbagai-bagai kebaikan yang diberikan hingga kini anda menuntut dan meminta yang lain? Orang tidak mampu mensyukuri sedikit maka dia tidak mampu untuk mensyukuri yang banyak. 

Mengapa kita tidak mengambil faedah daripada yang sudah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita, supaya kita bileh mengembangkannya, membersihkannya daripada semua kekejian dan kekotoran, dan selanjutnya kita dapat memberi manfaat, sumbangan dan pengaruh dalam hidup ini?

Sifat-sifat terpuji dan anugerah-anugerah yang mulia, sebenarnya ada di dalam akal dan jasad kita. Tetapi itu bagi sesetengah kita, dilihat seperti barang galian yang mahal yang belum terkubur di dalam tanah, di dalam perut bumi yang hingga kini belum ditemukan orang yang boleh mengeluarkannya dari dalam bumi untuk kemudian dicuci dan dibersihkan supaya cemerlang, berkilau.

Renung-renungkan... 

Comments

outbound malang said…
kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.