Mencari Blogger Top Yang Hilang

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, salam sejahtera buat Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat, seterusnya para pejuang Islam sekalian. 

Lama sudah tidak berceloteh dalam ruangan "Karutan". Bicara santai yang kadang-kadang berkeperluan untuk melebur kedukaan, merawat kelukaan, mengukir senyum dari hati membawa ke ulas bibir. Bila melawat ke blog rakan-rakan lama, terimbau kembali kenangan masa lampau. Detik-detik kemeriahan yang penuh perasaan dilalui bersama terutama sekali ketika demam "klik-klik" dulu. Hahha.. Bikin hati jadi sayu derrr..

Ke mana menghilangnya Azizan Kadir dengan idea gila ketika melontarkan kata-kata di blog yang suatu ketika dahulu 24/7 mengemaskini dan menjelajah blog rakan-rakan? Ke mana lesapnya Chaon dengan entri mesra rakyat dan berinformasi semasa? Yang jelas, Mario masih lagi setia di aliran ini dengan idea yang amat dikenali sejak dulu, kini dan mungkin di masa hadapan. Miro Si Strawberry kini menjadi pengintip tetap di FB. Hahhah..

Don't worry guys, aku faham situasi yang melanda kita-kita semua. Masalahnya berpunca daripada satu perkara yang sangat lazim - BUSY. Tapi yang aku respect tentang kita adalah, walaupun terputus hubungan di arena ini namun kita masih lagi berkesempatan bermesra di alam realiti di luar sana. Dengan kekuatan mentaliti, hari ini aku mampu menggerakkan jemari di papan kekunci menukilkan entri karutan untuk kalian semua. Aku tak rindu pun dengan korang sebab selalu jumpa. Cuma aku rindu detik asmaradana kita di alam maya je. hahha..

Gambar ni yang buat hati aku jadi melayang-layang. Takkan aku sorang je kot, mesti korang pun ada perasaan yang sama bila menatap potret yang kita rakamkan ni. Kahhh...

2010 dalam sejarah yang menemukan kita semua secara rasminya di alam nyata. Yang paling lawak cerita Chaon datang dengan kawan blogger serumah. Memang lawak la sebab kalau dalam blog dulu-dulu duk main jugak chatting kat shoutmix walaupun serumah. Bisik kat telinga sudah lerrr… hahhah.. Apa-apa pun yang terindah itu bukan bersifat sementara sebenarnya. Bagi aku, pengalaman indah merupakan pengaktifan kecenderungan minda untuk bergerak terus melalui fasa seterusnya dalam kehidupan. Walaupun hakikatnya hidup ini bersifat sementara tetapi perkenalan sesama manusia menjadikan hidup kita terasa lebih lama berkat umur kerana silaturrahim. Insya-Allah.

Cukuplah bicara karutan untuk pertemuan kali ini. Macam ayat yang aku selalu guna dulu-dulu, "Hargailah sebuah kenangan, kerana ia suatu kebetulan". Walaupun terpisah di alam maya, namun kita tetap berhubungan akrab di medan realiti. All for one, and one for all. cehh.. hahha.. Sekian.

Comments

Chaon said…
wahh.. terharunya.. Busy2 pun takde la tak jumpa langsung. Mario je Busy xingat dunia.. hahhaha..
mario said…
hehe...aku dah tua arr...aku segan kah3 cuma chaon kahwin nnt aku nak sgt datang...itupun klu dijemput...hahha
violetless said…
nama aku tadak. so, aku tacing.
wachak said…
Semangat nk timbul balik tu x de lebih2 lagi bila PC dkat rumah ni mogok. Klau ada income yg boleh dpt mcam dulu baru ada semangat balik kot.