Bicara Bisu Sebagai Titik Mula

Assalamualaikum...

Sekian lama kita tidak bersua di lembaran maya ini rasanya. Bukan kerana alasan memencilkan diri, tetapi sekadar bersenggama dengan waktu untuk membebaskan ilham yang terkunci di sudut akal. Faktor yang paling sesuai untuk dijadikan alasan adalah kerana sifat mutlak peribadi manusia iaitu "malas". Hari ini aku bangkit dengan kekuatan untuk menangkis serangan psikologi yang lahir dari dorongan kemalasan.

Walaupun tarian jemari seakan perwatakan lemah yang berjuang di medan penulisan ini, namun dengan sokongan moral dari naluri yang memberontak seolah-olah memberi kuasa kepada jemari ini untuk terus berlegar di atas papan kekunci. Perasaan penuh dipengaruhi persekitaran. Ambilkira juga dari aspek cuaca yang tidak mengikut urutan dan bacaan kalender seperti dahulu. Perubahan yang dinamik boleh bikin pengkaji cuaca kebuntuan.

Iya, mungkin pembaca sudah mula kebosanan dengan sesi pembukaan yang seakan bebelan bisu. Berjela. Tiada topik khusus yang ingin diperbincangkan pada pertemuan ini. Jelmaan kali ini sekadar pemberitahuan yang penulis belog ini masih punya keinginan untuk bergaul mesra di pentas maya yang telah melahirkan seribu satu kenangan yang berbekas. Kerinduan pada keasyikan menulis dan bergaul di ruangan maya seperti masa lampau.

Kembali ke persada ini seakan-akan pulangnya seorang perajurit ke medan perang. Perang akal dan minda khususnya. Masih diperingkat perisikan dari sudut perubahan tatacara dan pengenalan diri bersama pejuang-pejuang yang baru di samping mengekalkan momentum untuk mengembalikan keserasian dengan pejuang yang berpengalaman. Dalam definisi lain, kembali bertatih mengikut arus perubahan. Ternyata kehilangan ilham cendawan tua tidak dapat diganti dengan olahan idea cendawan yang baru tumbuh dan bercambah. Berbeza.

Akur dengan putaran waktu. Kitaran musim berubah, mukabumi berubah, dan sudah pasti mentaliti manusia juga turut berubah. Berevolusi. Berubah mengikut kesesuaian tanpa meninggalkan yang sudah diakui sesuai. Terima kasih duhai minda. Aku sudah punya ilham untuk menulis di lembaran akan datang. Anggaplah pengisian kali ini sebagai tanda pengenalan diri aku di arena penulisan belog. Baiklah rakan penulis dan pembaca, sekian celoteh bisu buat kali ini. Semoga bertemu di lembaran maya seterusnya dengan topik khusus "REVOLUSI".

Comments

ISZA said…
Chaiyok3
Kongsikan semangat itu bersama kakakmu dik..
Semangat ku banar2 hilang bak lagu XPDC
Yusenze said…
@ISZA

Hahha.. Yelah kak.. Saya bermula dengan rentak perlahan menggunakan not dari oktaf paling rendah.. kita mampu meneruskan perjuanagan ini kerana keinginan kita untuk meneruskan legasi dalam bidang penulisan ini...