Assalamualaikum...
Semalam berlalu bersama kenangan yang berada di antara posisi ingat dan lupa. Tiada perencanaan khusus, tiada aktiviti rasmi, tanpa senarai tugasan yang terancang. Oleh itu, peristiwa semalam boleh dikategorikan sebagai kenangan sampingan dalam memori. Pembuka bicara kali ini disusun dengan nada dan irama perlahan tetapi masih berentak rancak. Jemari menari menurut bicara hati yang dihantar ke minda bersama keinginan menulis pada tahap yang bersemangat.

Walaupun sudah berlegar di persada maya dalam dunia blog ini pada tahap usia matang, tetapi dek kerana egoistik kemalasan menyebabkan penulis berasa semakin jauh dan semakin hari makin menjauh. Terasa seperti baru semalam bertatih. Ini adalah fenomena normal bagi manusia yang bersifat dinamik pada kesenggangan waktu. Hakikatnya, manusia berubah selari dengan peredaran waktu.
Dalam keadaan diri yang berealiti diselubungi fantasi, masih punya masa bersenggama dengan detik yang pantas bergerak. Masih punya kesempatan menelusuri rangkaian blog rakan-rakan lama dan baru. Cuma dalam pergerakan yang tidak dapat dikesan oleh radar. Dalam ertikata lain, menyusup sambil menelan informasi secara senyap-senyap tanpa meninggalkan jejak.
Ini mungkin perenggan yang terakhir. Edisi karutan kali ini hanya sekadar nota pemberitahuan bahawa penulis di blog ini masih punya idea untuk mengukir kata. Dengan kekuatan mentaliti, blog usang ini akan meneruskan operasi seperti sediakala. Kategori Karutan dan Cinta adalah yang akan menjadi keutamaan kerana penulis malas menyusun kata khusus untuk bercerita tentang blog dan resamnya. Akhir kata, salam kerinduan buat semua.
Comments
http://walkstatic.blogspot.com/2013/08/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html