Konflik Jiwa Antara Minat dan Fanatik

Assalamualaikum..

Bertemu lagi di ruangan maya pencetus kredibiliti penulis sejagat. Pada pertemuan kali ini saya memilih kategori "Karutan" untuk mengisi ruang waktu yang senggang. Berbicara dengan irama lebih santai dari biasa. Topik besar yang ingin saya sentuh adalah tentang konflik jiwa, "Antara minat dan fanatik".

Sebagai manusia yang normal, kita punya minat yang tertentu tentang sesuatu tetapi masih berada dalam lingkungan realiti. Contohnya peminat bolasepak tidak semestinya seorang yang fanatik tentangnya. Istilah fanatik menggambarkan tentang minat yang sangat mendalam terhadap sesuatu perkara yang digemari. Perkara yang digemari itu tidak semestinya perkara yang perlu dilakukan tetapi cukup sekadar digambarkan.

Ada sesetengah orang yang suka dengan aktiviti fotografi tetapi tidak sampai kepada peringkat fanatik sehingga sanggup menghabiskan modal ribuan ringgit bagi memenuhi kehendak hati. Mungkin juga ada yang fanatik dengan kelab bolasepak sehingga membebani emosi sendiri. Tidak dinafikan ada juga yang cenderung ke arah fanatikal dengan meletakkan minat mereka sebagai perkara yang perlu diutamakan. Perkara itu menjadi kepentingan dalam hidup. Nonsense.

Apa yang penting adalah anda perlu mengekalkan identiti secara konsisten dan realistik. Tidak perlu menjadi seorang yang terlalu fanatik tetapi sebenarnya anda berada di posisi yang tersepit. Dalam ertikata lain, anda perlu menjauhi sentimen yang membebankan emosi anda sendiri. Cukup sekadar anda berpegang kepada minat sahaja. Berprinsip dengan fanatik akan mendatangkan lebih tekanan kepada jiwa anda. Percayalah.

Menutup segmen karutan kali ini, saya berpesan kepada diri sendiri supaya lebih cenderung untuk berpegang kepada minat daripada menjadi seorang yang fanatik. Saya tidak perlu menjadi seorang pengkaji sejarah zaman dahulu dan kini. Saya akan lebih bersikap terbuka dengan sebarang kritikan. Sememangnya ayat-ayat santai saya masih dalam situasi memeningkan kepala. Mengerti atau tidak dengan pegisian yang ingin disampaikan, saya harap anda senyum dan angguk sahaja. Semoga bertemu kembali di lembaran maya mendatang. Adakah anda seorang yang "minat" terhadap sesuatu ataupun anda adalah seorang yang "fanatik" terhadap perkara itu? Fikir sekali lagi. 

If life gives you lemon, make lemonade.

Comments

el said…
betul tu xyah nak fanatik2 sgt
fanatik pada yang SATU :)

woiii hang tgk komen blog mn yg dok teringat kat k.el ni ha..lmg gilak kut x bersapa..kahkahkahkah..hope u fine2 je k
saljuhumairah said…
minat dan fanatik. kedua-duanya bila sampai penghujung akan derita. back to the basic. buat baik bepada, buat jahat jangan sekali... jangan berlebih kebihan dalam setiap perkara..
nana said…
Stress fanatik fanatik ni. Serabut kepala! Sekadar minat dah mencukupi :)
@el
Ala kak El, belambak komen Kak El kat blog-blog sedunia.. hahha..
@saljuhumairah
Minat nak kena ade jgk, untuk menjadi seorang manusia yang normal.. hahha..
@nana kamarul
memang itulah tujuan dan halatuju kata sifat "fanatik", menghasilkan satu lagi kata sifat "stress".. kn.. kn.. hahha.. welcome to real life..;)